Archive for: May 2009
May 31, 2009


Perlis gagal mengambil peluang memintas kedudukan Selangor selaku pendahulu liga apabila sekadar seri 0-0 dengan Kedah dalam satu-satunya saingan Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi.
Keputusan seri ini hanya membolehkan Perlis menghampiri kedudukan Selangor dengan perbezaan satu mata tetapi Selangor berkelebihan satu perlawanan dalam tangan manakala Kedah yang tewas 0-1 kepada Perak tempoh hari gagal meningkatkan kedudukannya di tangga keempat dan ketinggalan satu mata di belakang Negeri Sembilan yang menghuni tangga ketiga liga.


Guus Hiddink menerima hadiah yang begitu bernilai di sebalik pengundurannya sebagai pengurus Chelsea dengan membimbing kelab itu memenangi kejuaraan Piala FA selepas mengalahkan Everton 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley semalam.
Perlawanan akhir itu juga mencatat rekod gol terpantas dalam sejarah kejohanan itu apabila Louis Saha sudahpun menggegar jaring ketika permainan baru bermula 25 saat.
May 30, 2009


Cristiano Ronaldo berkata yang ‘segalanya serba tak kena’ selepas kekalahan Manchester United 0-2 kepada Barcelona dalam final Liga Juara Eropah dan turut menyalahkan taktik pasukan sebagai ‘tidak bagus’.
United turun dalam perlawanan akhir di Stadio Olimpico dengan formasi yang sama ketika menentang Arsenal dalam saingan separuh akhir, dengan Ryan Giggs mengambil alih tempat Darren Fletcher yang digantung perlawanan.
Bagaimanapun, selepas permulaan positif, juara EPL itu gagal bangkit dari ketinggalan gol awal jaringan Samuel Eto’o pada minit ke-10 walaupun berusaha keras sepanjang perlawanan.
May 29, 2009


Pemenang tiga kejuaraan, Barcelona disambut meriah apabila jutaan penyokong menyambut kepulangan mereka dari kejayaan merangkul piala Liga Juara Eropah di Rome semalam.
Kelab Catalan itu mengenepikan semua pencabarnya untuk memenangi kejuaraan Liga Primera Sepanyol, Copa del Rey dan kini Liga Juara Eropah, tetapi berhadapan masalah untuk melepasi lautan manusia dalam perjalanan ke Nou Camp untuk menyempurnakan perayaan yang diadakan untuk mereka.
May 28, 2009


Barcelona membuktikan yang mereka adalah kelab terhebat di Eropah malah di dunia selepas merangkul kejuaraan Liga Juara Eropah apabila mengalahkan juara England, Manchester United 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadio Olimpico, Rome awal pagi tadi.
Satu gol pada setiap babak menerusi Samuel Eto’o dan Lionel Messi memberikan Barca kejuaraan yang amat diidamkannya itu sekaligus menjadikan Pep Guardiola orang ketiga yang merangkul kejuaraan Eropah sebagai pemain dan pengurus di kelab yang sama.
May 27, 2009


Pertembungan Barcelona dan Manchester United, satu pertemuan yang memang menjadi impian kebanyakan peminat bola sepak dunia.
Perlawanan akhir Liga Juara Eropah kali ini di Stadio Olimpico mempunyai segala ramuan yang diperlukan untuk menjadikannya final klasik, pertemuan dua pasukan terkuat, pertembungan dua pengurus hebat, satu pasukan berpengalaman luas menjuarai kejohanan manakala satu pasukan lagi sentiasa muncul pencabar kejohanan, pemain kedua-dua pasukan mengamalkan corak serangan terbuka dan merupakan antara pemain yang terbaik dalam generasi mereka.


Jose Mourinho telah menandatangani kontrak baru bersama Inter Milan yang mengekalkannya sehingga Jun 2012.
Bekas pengurus Chelsea itu, yang membimbing Inter gelaran juara Serie A pada tahun pertamanya bersama kelab itu, pada peringkat awal lagi mengatakan yang kemungkinan beliau meninggalkan Inter hanyalah 0.01%.
Mourinho mengambil alih tugas selaku pembimbing Inter pada akhir musim lalu berikutan pengunduran Roberto Mancini dan membantu kelab itu memenangi gelaran liga buat kali keempat berturut-turut.
May 26, 2009


Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu (SKKB), Telok Panglima Garang, Selangor berjaya mencatat kejayaan membanggakan dalam Kejohanan Bola Sepak Peringkat Zon Sijangkang dan Daerah Kuala Langat pada 7 dan 8 April yang lalu.
Di peringkat zon, SKKB hanya tewas sekali sebelum mencatat tiga kemenangan berturut-turut bagi membolehkan mereka muncul sebagai naib juara kumpulan, sekaligus mewakili Zon Sijangkang ke pertandingan peringkat daerah.
May 25, 2009


Pemain tengah England, Frank Lampard muncul bintang pertama Chelsea yang menerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan kelab itu buat kali ketiga.
Lampard, yang memenangi anugerah itu pada tahun 2004 dan 2005 sekali lagi menerima undi tertinggi yang dilakukan para penyokong kelab itu.
Lampard menerima anugerah itu dari pengurus sementara Chelsea, Guus Hiddink manakala Michael Essien, Michael Mancienne dan Ashley Cole turut memenangi hadiah pada malam penganugerahan itu.
May 24, 2009


Rafael Benitez tampil untuk meredakan spekulasi yang mengatakan Xavi Alonso akan meninggalkan Liverpool akhir musim ini.
Pengurus Liverpool itu memberikan reaksinya tentang laporan yang mengatakan pemain tengah Sepanyol akan bermain dalam perlawanan terakhirnya bersama ‘The Reds’ menentang Tottenham Hotspur hari ini sebelum berpindah.
Laporan mendakwa Real Madrid akan membuat tawaran memikat Alonso andainya Florentino Perez memenangi pertandingan pemilihan presiden kelab itu bulan depan dengan melibatkan nilai 20 juta pound, sekaligus membantu Benitez mendapatkan dana bagi pembelian pemain baru musim depan.

Perlis tewas mengejut 0-2 kepada Terengganu dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Utama, Kangar malam tadi sekaligus terpaksa melepaskan kedudukannya selaku pendahulu liga kepada Selangor.
Selangor merampas kedudukan pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Kedah di Stadium Shah Alam.
Perlawanan antara Terengganu dan Perlis agak seimbang pada babak pertama dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menemui sasaran menyebabkan mereka terikat tanpa jaringan pada babak pertama.
May 23, 2009


Kunjungan Manchester United ke Malaysia sememangnya begitu dinantikan oleh para penyokongnya di negara ini. United dijangka akan singgah di Malaysia untuk mengadakan satu pelawanan persahabatan menentang Pilihan Malaysia pada 18 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sehubungan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama syarikat ProEvents telah mula menjual tiket-tiket kepada umum untuk menyaksikan perlawanan yang menarik itu.
Tiket-tiket perlawanan yang akan berlangsung pada pukul 5.30 petang itu berharga RM58, RM68, RM98 dan tiket terhad VIP RM308. Bagi para pelajar, mereka akan dikenakan tiket semurah RM28.


Pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand yakin dia akan kembali cergas untuk bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah hari Rabu nanti di sebalik kenyataan Sir Alex Ferguson yang peluangnya untuk bermain pada final itu agak tipis.
Pengurus United itu mahu Ferdinand bermain dalam perlawanan liga menentang Hull City hari Ahad ini terlebih dahulu bagi membuktikan kecergasannya sebelum dapat diturunkan menentang Barcelona nanti, namun pemain pertahanan England itu merasakan ia tidak perlu.
May 22, 2009


Skuad bawah 23 tahun Malaysia berjaya menewaskan skuad bawah 23 tahun Singapura 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan semalam.
Malaysia memperolehi jaringan pertama menerusi Nor Shahrul Idlan Talaha pada minit ke-21 sebelum Mohd Zaquan Adha Abdul Razak menambah gol kedua apabila dia menyempurnakan sepakan penalti yang diperolehi Malaysia tiga minit kemudian.


Shakhtar Donetsk muncul juara terakhir Piala UEFA selepas mengalahkan Werder Bremen 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Istanbul semalam.
Pasukan bimbingan Mircea Lucescu itu juga mencatat sejarah sebagai kelab pertama Ukraine yang merangkul kejuaraan di peringkat Eropah, terima kasih kepada jaringan kemenangan oleh Rodrigues Jadson pada masa tambahan.
May 21, 2009


Ejen Ronaldinho yang juga abangnya, Roberto de Assis mengesahkan ada kemungkinan buat bintang Brazil itu meninggalkan AC Milan pada musim panas nanti.
Pemain Brazil itu baru sahaja berpindah ke San Siro dari Barcelona tahun lalu tetapi dia menghadapi saat sukar untuk menyesuaikan diri dengan Serie A dan mendapati dirinya sering diletakkan di bangku simpanan oleh jurulatih Milan, Carlo Ancelotti.
May 20, 2009


Michael Owen belum memikirkan untuk bersara dari bola sepak sebaik musim ini berakhir berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusannya.
Laporan mendakwa yang penyerang Newcastle dan England itu akan menceburi bidang kejurulatihan kuda lumba sepenuh masa dan sebagai pemiliknya selepas dia bersara kelak.
Bagaimanapun, di sebalik laporan itu, Owen yang bergelut dengan masalah kecederaan beberapa tahun kebelakangan ini, berazam mahu kembali ke tahap yang menyaksikan dia merangkul anugerah Pemain Terbaik Eropah pada 2001.
May 19, 2009


Inter Milan menyambut kejayaannya merangkul kejuaraan liga buat kali keempat berturut-turut dengan bergaya apabila menundukkan Sienna 3-0 di San Siro kelmarin.
Inter memperolehi gelaran selaku juara liganya yang ke-17 terima kasih kepada AC Milan yang tunduk dalam perlawanan terdahulu kepada Udinese manakala perlawanan itu berlangsung tanpa tekanan ekoran Sienna turut mengesahkan kedudukan mereka kekal dalam Serie A untuk musim depan.
May 18, 2009


Sambutan selaku juara Liga Primera Sepanyol oleh Barcelona tercemar ekoran kekalahan 1-2 yang diterimanya kepada Real Mallorca di tempat lawan semalam.
Dengan Real Madrid tewas kepada Villareal pada hari Sabtu lalu membolehkan Barca dikalungkan dengan gelaran juara liga, dijangkakan Barca akan turun dalam perlawanan itu dengan mempamerkan persembahan yang menghiburkan.
Samuel Eto’o seolah-olah menepati ramalan itu dengan menjaringkan gol pembukaan selepas sepuluh minit perlawanan berlangsung, yang juga golnya yang ke-29 musim ini tetapi bermula pada saat itu, segalanya serba tidak menjadi buat pemain dan kelab itu termasuk sepakan penalti pada saat akhir yang gagal disempurnakan oleh Eto’o.


Liverpool mengesahkan kedudukannya selaku pasukan kedua terbaik EPL musim ini apabila mengalahkan West Bromwich Albion 2-0 di The Hawtons malam tadi.
‘The Reds’ menjaringkan gol pada setiap babak untuk memanjangkan rekod tanpa kalahnya kepada sepuluh perlawanan termasuk sembilan kemenangan.
Bagaimanapun, Liverpool yang turun dengan perasaan bercampur-baur sedar sekalipun mereka dapat mengumpul mata terbanyak dalam sejarah kelab itu namun mereka tetap gagal menghalang Manchester United dari merangkul kejuaraan liganya yang ke-18.
May 17, 2009


Manchester United dinobatkan selaku juara England buat kali ke-18 di Old Trafford selepas mencatat keputusan seri 0-0 dengan Arsenal sekaligus memastikan Liverpool tidak dapat memintas kedudukan mereka di takhta liga.
Selepas tiga dekad memegang gelaran jaguh England tanpa sebarang persoalan, Liverpool kini perlu mengakui yang mereka perlu berkongsi gelaran berikutan kejayaan United itu.
Dengan babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan dihasilkan, United sudah membayangkan bahawa mereka akan merangkul kejuaraan liga kali ke-11 bersama Sir Alex Ferguson.
May 16, 2009


16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi semua guru di mana pada tarikh itulah satu sambutan untuk mengenang jasa para guru diadakan saban tahun.
Pada hari itu maka berbondong-bondonglah pihak yang mengeluarkan kenyataan yang memuji-muji para guru dan mengampu-ampu seolah-olah selama ini merekalah yang mempertahankan guru-guru dari kecaman, kritikan malahan kutukan dari pelbagai pihak terutama para ibu bapa yang merasakah diri mereka lebih betul dari segala benda yang betul di dunia ini.
Bagi mereka yang benar-benar menghargai jasa para guru, ilmu yang dicurah sentiasa tersemat di dalam hati. Denda dan hukuman oleh guru yang dikenakan terhadap mereka dianggap sebagai ingatan ikhlas agar tidak mengulangi kesilapan lalu. Akhirnya, kejayaan dalam peperiksaan dihadiahkan kepada guru-guru sebagai membalas jasa dan pengorbanan yang telah mereka lakukan.


Penyerang Chelsea, Nicolas Anelka kelihatan tidak akan meninggalkan kelab itu musim panas ini selepas ejennya merasakan yang Anelka gembira bermain untuk kelab itu.
Pemain antarabangsa Perancis itu mendapati dirinya berada di bangku simpanan sebaik ketibaan Guus Hiddink sebagai pengurus sementara Chelsea, dengan Didier Drogba kembali menjadi pilihan utama, walaupun dia adalah penjaring terbanyak EPL sepanjang kempen musim ini.
Penyisihan Anelka dari kesebelasan utama menyebabkan timbul khabar angin yang pemain berusia 29 tahun itu bercadang untuk berpindah ke kelab lain.
May 15, 2009


Jurulatih AC Milan, Carlo Ancelotti menafikan yang beliau telah bersetuju untuk mengambil alih jawatan pengurus Chelsea pada musim depan.
Sebaliknya, Ancelotti mendakwa yang beliau akan meneruskan tugasnya di San Siro.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan menentang Juventus yang berkesudahan dengan seri 1-1, Ancelotti menganggap berita itu sebagai ‘sampah’.
Next Page »
|