Archive for: April 2009
April 30, 2009


John O’Shea muncul wira apabila membantu Manchester United menang tipis 1-0 ke atas Arsenal dalam perlawanan pertama saingan separuh akhir Liga Juara Eropah di Old Trafford semalam.
Pemain pertahanan itu mengatasi rasa gemuruhnya dengan jaringan pada minit ke-17 yang memberikan kelebihan buat skuad bimbingan Sir Alex Ferguson untuk melangkah ke perlawanan akhir nanti.
April 29, 2009


Selangor merangkul Piala FAnya yang kelima apabila menundukkan Kelantan 4-1 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa tambahan perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil hari Sabtu lalu.
Kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan dan terikat tanpa jaringan apabila masa penuh perlawanan tamat menyebabkan perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan.
Kelantan menceriakan para penyokongnya apabila berjaya membolosi gawang gol Selangor menerusi tandukan Norfarhan Mohamad pada minit ke-92 namun berjaya disamakan oleh Mohd Amri Yahyah yang menanduk masuk hantaran D. Surendran pada minit ke-100.
April 28, 2009


Pemain tengah Manchester United, Ryan Giggs menghamburkan pujian buat pengurus United, Sir Alex Ferguson setelah dia dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Profesional buat kali pertama dalam kariernya.
Di sebalik hanya diturunkan dalam 12 perlawanan dan sekadar menjaringkan satu gol musim ini, anugerah tersebut kelihatan diberikan atas sumbangannya sebagai pemain yang bermula 18 tahun lalu ketika menentang Everton di Old Trafford pada 2 Mac 1991.
April 27, 2009

Liverpool dilaporkan telah mengadakan rundingan dengan jutawan India, Grandhi Mallikarjuna Rao berkaitan kemungkinan berlaku pengambil alihan bernilai 500 juta pound di Anfield.
Wakil Rao dari GMR Group telah menjadi tetamu kelab Merseyside itu pada awal minggu ini dan turut menyaksikan perlawanan antara kelab itu dengan Arsenal yang berkesudahan dengan seri 4-4.
Rao, yang dikatakan mempunyai harta bernilai 4 billion pound dan memiliki pasukan kriket, Delhi Daredevils yang kini bertanding dalam Twenty20 Liga Perdana India, difahamkan merupakan peminat setia Liverpool dan dilaporkan berminat untuk melabur dalam bidang sukan terutama bola sepak Inggeris.
April 26, 2009


Manchester United mempersembahkan kebangkitan dramatik pada babak kedua untuk membenam cabaran Tottenham Hotspur 5-2 dalam saingan EPL di Old Trafford awal pagi tadi dan kini semakin fokus untuk memburu kejuaraan liganya yang ke-18.
Dua gol babak pertama menerusi Darren Bent (minit ke-29) dan Luka Modric tiga minit kemudian menggusarkan kem United dan mencetuskan kebimbangan memandangkan pesaing terdekatnya, Liverpool telah menumpaskan Hull City 3-1 di tempat lawan sebelum itu sehingga membolehkan ‘The Reds’ menduduki takhta seketika.


Selangor meneruskan tradisi kecemerlangannya dalam arena bola sepak tanah air apabila muncul juara Piala FA 2009 setelah mengenepikan cabaran sengit Kelantan menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Kelantan yang memendam perasaan selama 39 tahun tanpa kejuaraan, tampil dengan persembahan bersemangat berhadapan dengan barisan pemain Selangor yang kembali mendapatkan khidmat Khairul Anuar Baharom untuk mengepalai benteng pertahanan ‘Red Giants’ dalam perlawanan itu tetapi kehilangan P. Gunalan yang menjalani hukuman penggantungan perlawanan.
April 25, 2009

Kelantan mencatat sejarah apabila melangkah ke perlawanan akhir Piala FA setelah menyingkirkan Negeri Sembilan dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. Kelantan yang tewas 0-1 di Kota Bharu dalam perlawanan pertama berjaya bangkit untuk menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan kedua di Seremban sekaligus mengikat agregat kepada 2-2.
Negeri Sembilan memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila Mohd Asyraf al-Jafri merembat masuk ke gawang lawan setelah menerima hantaran Zaquan Adha pada minit ke-5.
Kelantan mengganas pada babak kedua apabila meledakkan dua jaringan menerusi Norfarhan Mohamad pada minit ke-48 sebelum Indra Putra Mahayuddin menanduk masuk gol kemenangan Kelantan empat minit kemudian.

Selangor berjaya menempah tempat ke perlawanan akhir Piala FA selepas mengenepikan cabaran sengit Perlis 2-1dalam perlawanan kedua peringkat separuh akhir di Stadium Shah Alam hari Sabtu lalu. Kemenangan itu membolehkan Selangor melangkah ke final apabila menewaskan Perlis dengan agregat 3-2.
Selangor terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Mohd Amri Yahyah selepas dia menanduk masuk hantaran Rudie Ramli pada minit ke-15. Dua minit kemudian, Azi Shahril Azmi menyamakan kedudukan apabila merembat masuk dari luar kotak penalti Selangor.
Amri Yahyah menggembirakan kem Selangor apabila menanduk masuk sepakan sudut D. Surendran pada minit akhir perlawanan bagi memberikan Selangor tempat ke final Piala FA buat kali kedua berturut-turut.
April 24, 2009


Jose Mourinho sekali lagi mencipta kontroversi apabila mengkritik pengurusan bola sepak Itali, di samping mendakwa yang arena bola sepak di England ibarat ‘syurga’ bagi pengurus yang mempunyai rancangan jangka panjang.
Jurulatih Inter Milan itu, yang kini dalam usaha merangkul kejuaraan liga Italinya yang pertama, telah menyaksikan sepuluh pengurus Serie A dilantik dan disingkir dalam jangka masa singkat oleh kelab-kelab mereka. Beliau merasakan bola sepak England lebih banyak memberikan peluang buat pengurus mencapai sesuatu kejayaan.
April 23, 2009


Manchester United yang mendapat inspirasi dari keputusan seri 4-4 Liverpool dan Arsenal mudah menundukkan Portsmouth 2-0 di Old Trafford awal pagi tadi sekaligus menjarakkan diri kepada tiga mata dari Liverpool yang berada di tangga kedua, di samping masih memegang kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Jaringan Wayne Rooney pada minit ke-9 manakala Michael Carrick mengesahkan kemenangan United dengan meledakkan jaringan lapan minit sebelum tamat perlawanan bagi meredakan semula kemarahan pengurusnya, Sir Alex Ferguson gara-gara kekecewaan dalam saingan separuh akhir Piala FA kepada Everton hari Ahad lalu.
April 22, 2009

Liverpool bakal bermain dalam dua perlawanan persahabatan pra-musim di Asia sebaik musim EPL 2008/09 sampai ke penghujungnya.
Barisan bimbingan Rafael Benitez dijangka akan bertemu dengan Thailand di Bangkok pada 22 Julai sebelum terbang ke Singapura untuk bertemu dengan skuad kebangsaan negara itu pada 26 Julai.
Ia adalah kunjungan pertama Liverpool ke Thailand sejak tahun 2003 manakala mereka tidak bermain di Singapura hampir lapan tahun lamanya.
April 21, 2009


Bintang Brazil, Kaka percaya adalah lebih munasabah dia kekal di AC Milan selepas cuba dipujuk menyertai Manchester City, pada ketika dia turut diburu oleh Real Madrid untuk perpindahan pada musim panas nanti.
City yang ditunjangi oleh jutawan Abu Dhabi cuba mendapatkan tandatangan Kaka ketika pintu perpindahan pemain dibuka pada Januari lalu yang pada ketika itu bakal memecahkan rekod dunia sekitar 109 juta pound.
Kaka bagaimanapun mengambil keputusan kekal di AC Milan dan kini mendakwa yang dia telah membuat keputusan yang tepat, di samping turut mengenepikan cadangan untuk menyertai Real Madrid pada musim panas nanti.
April 20, 2009


Lionel Messi menjaringkan gol kemenangan 1-0 Barcelona ke atas Getafe untuk mengekalkan jurang enam mata dengan pasukan di tangga kedua, Real Madrid yang juga menang 1-0 ke atas Recreativo Huelva semalam.
Barca dapat menjarakkan diri dengan kelebihan sembilan mata buat seketika tetapi juara bertahan, Real dapat memotong kembali kelebihan itu kepada enam mata setelah mengenepikan cabaran sengit Huelva pada perlawanan berikutnya. Dengan berbaki tujuh perlawanan, Barca akan menjadi tuan rumah dalam pertembungan ‘Clasico’ dalam masa dua minggu lagi di Barnebeu.
April 19, 2009


Penjaga gol antarabangsa Poland, Lukasz Fabianski menyambut harijadinya dengan seribu keperitan apabila kesilapannya pada akhir perlawanan membolehkan Chelsea melangkah ke perlawanan akhir Piala FA dengan menewaskan Arsenal 2-1 di Stadium Wembley awal pagi tadi.
Didier Drogba yang menanti penuh sabar sepanjang perlawanan akhirnya diberi peluang keemasan pada minit ke-84 apabila menerima lambungan bola dari tengah padang sebelum dia memperdayakan Fabianski yang keluar dari kawasan golnya dan penyerang Ivory Coast itu mudah menolak masuk ke gawang yang terbuka.


Naib juara 2008, Selangor berpeluang untuk menebus kehampaan tahun lalu apabila menempah tempat ke perlawanan akhir Piala FA setelah mengatasi cabaran sengit Perlis 2-1 dalam perlawanan kedua saingan separuh akhir di Stadium Shah Alam malam tadi.
Dua gol ketua pasukannya, Mohd Amri Yahyah pada setiap babak sudah cukup membantu Selangor melayakkan diri ke final dengan kemenangan agregat 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan pertama di Stadium Utama Negeri, Kangar sebelum ini.
April 18, 2009
April 17, 2009


Pemain Bayern Munich, Frank Ribery memberikan isyarat yang dia mahu kekal di kelab Bundesliga itu di sebalik spekulasi yang mengatakan dia akan meninggalkan juara Jerman itu pada akhir musim nanti.
Dengan kontraknya hanya akan tamat sehingga 2011, Ribery memberitahu yang dia menjadi perhatian kepada banyak kelab utama di Eropah termasuk Barcelona yang menyingkirkan Bayern dari saingan suku akhir Liga Juara Eropah hari Rabu lalu.
April 16, 2009
April 15, 2009
April 14, 2009


Pengurus Liverpool, Rafael Benitez bersedia mengambil risiko untuk menurunkan kaptennya, Steven Gerrard yang masih menanggung kecederaan untuk menebus kembali maruah mereka yang tercemar apabila berhadapan dengan Chelsea dalam perlawanan kedua saingan suku akhir Liga Juara Eropah.
Gerrard diketepikan dari kesebelasan utama ketika Liverpool mencatat kemenangan 4-0 ke atas Blackburn Rovers akibat kecederaan otot hari Sabtu lalu tetapi Benitez mengesahkan yang kaptennya itu telah menunjukkan reaksi positif dan akan mengikut rombongan Liverpool ke Stamford Bridge bagi menebus kembali kehampaan 1-3 dalam perlawanan terdahulu.
April 13, 2009


Manchester United meneruskan penguasaan dalam saingan liga walaupun sekadar mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Sunderland di Stadium of Light semalam.
Federico Macheda keluar dari bangku simpanan untuk membantu kemenangan United buat kali kedua dalam masa seminggu dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-76. Minggu lalu Macheda menjaringkan gol kemenangan sewaktu United menewaskan Aston Villa 3-2.
April 12, 2009

Selangor dan Kelantan gagal mengatasi antara satu sama lain apabila terikat 1-1 dalam saingan Liga Super malam tadi dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perlawanan kedua-dua pasukan itu yang menjadi tumpuan ekoran insiden rusuhan penyokong yang berlaku di Kota Bharu selepas perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan minggu lalu ternyata berlangsung dalam suasana tenang tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Kelantan terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit akhir babak pertama menerusi rembatan padu Indra Putra Mahayuddin sebelum Safee Sali menyelamatkan Selangor dengan gol penyamaan ketika permainan berbaki sebelas minit lagi untuk ditamatkan.
Next Page »
|