Archive for: February 2009
February 28, 2009


Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengesahkan yang Fernando Torres hampir pasti tiada dalam senarai pemain yang akan berkunjung ke Middlesbrough hari ini.
Penyerang Sepanyol itu mengalami kecederaan buku lali ketika menentang Real Madrid awal minggu ini dan digantikan selepas sejam perlawanan berlangsung. Keadaan itu meninggalkan Benitez dengan hanya sedikit pilihan ketika berhadapan dengan Boro, pada ketika mereka amat memerlukan tiga lagi mata berharga untuk memastikan pemburuan gelaran juara liga masih terus bernyawa.

Jurulatih Felda United, Reduan Abdullah menerima khabar buruk apabila beliau digantung dari tugasnya selama setahun oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bersidang kelmarin. Beliau turut dikenakan denda RM4,000 atas kesalahan yang dilakukannya.
Reduan dihadapkan ke jawatankuasa itu atas kesalahan membuat kenyataan kepada media tentang ujian kecergasan Yoyo yang dikatakan kurang berkesan manakala ujian itu dikatakan tidak dijalankan bersungguh-sungguh oleh persatuan bola sepak negeri dan kelab menyebabkan tahap kecergasan pemain di negara ini menjadi bahan pertikaian banyak pihak.


Didier Drogba mungkin dalam landasan untuk kembali ke Olympique Marseille apabila Presiden kelab Perancis itu, Pape Diouf mengakui yang beliau akan melakukan apa sahaja untuk membawa penyerang berusia 30 tahun itu kembali ke Stade Velodrome.
Chelsea membayar nilai 24 juta pound pada musim panas 2004 untuk mendapatkan khidmat Drogba dari Marseille, ketika dia berada dalam musim yang menggembirakan, menjaringkan 19 gol dalam saingan Ligue 1 dan lima gol dalam saingan Liga Juara Eropah sehingga membolehkan dia dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Perancis.
February 27, 2009


Dari tiga kelab EPL yang bersaing untuk merebut tempat ke kelompok 16 pasukan dalam saingan Piala UEFA, hanya Manchester City berjaya melepasi halangan lawannya manakala dua lagi kelab Inggeris, Aston Villa dan Tottenham Hotspur tersingkir apabila tewas dengan kiraan agregat kepada lawan masing-masing.
Penyerang Wales, Craig Bellamy kian mengukuhkan statusnya di Manchester City apabila dua gol jaringannya membantu kelab itu melangkah ke saingan kalah mati 16 pasukan Piala UEFA selepas menundukkan FC Copenhagen 2-1 di Stadium City of Manchester awal pagi tadi.


AC Milan terkeluar dari saingan Piala UEFA apabila kalah dengan peraturan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas sekadar seri 2-2 dengan Werder Bremen dalam perlawanan kedua peringkat kalah mati 32 pasukan di San Siro awal pagi tadi.
Claudio Pizzaro muncul wira Bremen apabila dua jaringannya memadam kelebihan dua gol pasukan tuan rumah, sekaligus mengikat agregat kepada 3-3. Bagaimanapun, Milan dikira tewas kerana hanya mampu seri 1-1 dalam perlawanan pertama di tempat lawan.


Didier Drogba mencerahkan laluan Chelsea dalam saingan Liga Juara Eropah apabila jaringannya membantu ‘The Blues’ menundukkan Juventus 1-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Jaringan tunggal Drogba itu memberikan kelebihan tipis kepada skuad kendalian Guus Hiddink itu sebagai bekalan dalam perlawanan kedua di Turin nanti.
February 26, 2009


Rafael Benitez menjadi perancang utama satu lagi kejayaan membanggakan di peringkat Eropah apabila membimbing Liverpool menewaskan Real Madrid 1-0 dalam saingan kalah mati 16 pasukan Liga Juara Eropan di Barnebeu awal pagi tadi.
Walau apapun khabar angin yang bertiup mengenai masa depannya di Anfield, beliau mengenepikannya, dengan bantuan jaringan tandukan Youssi Benayoun.


Thierry Henry menjaringkan gol pada babak kedua untuk membantu Barcelona seri 1-1 dengan Lyon dalam saingan kalah mati 16 pasukan Liga Juara Eropah di Stade Gerland semalam.
Penyerang berbisa Barca itu menanduk masuk pada minit ke-67, untuk memberikan pendahulu La Liga itu kelebihan jaringan di tempat lawan, sebelum berhadapan dengan lawan yang sama dalam perlawanan kedua di tempat sendiri nanti.


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger meluahkan kekesalannya terhadap kegagalan para pemainnya menamatkan terus cabaran Roma dalam saingan kalah mati 16 pasukan Liga Juara Eropah di Stadium Emirates semalam.
Sepakan penalti pada babak pertama oleh Robin van Persie memberikan ‘The Gunners’ kelebihan tipis sebelum berkunjung ke Itali dalam perlawanan kedua nanti. Arsenal menang 1-0 dalam perlawanan itu.
February 25, 2009


Sir Alex Ferguson yakin Manchester United akan bangkit menundukkan Inter Milan dalam perlawanan kedua saingan kalah mati 16 pasukan Liga Juara Eropah.
United terdesak untuk mencatat kemenangan setelah seri tanpa jaringan dengan Inter, disebalik penguasaan pada sebahagian besar perlawanan ketika bertemu pendahulu Seria A Itali itu di San Siro awal pagi tadi.

Juara bertahan Piala FA, Kedah tersingkir dari perebutan kejuaraan yang dimenanginya dua tahun berturut-turut apabila hanya mampu seri 0-0 dengan UPB MyTeam dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Petaling Jaya malam tadi.
Ekoran perlawanan pertama kedua-dua pasukan di Stadium Darul Aman hari Sabtu lalu juga berkesudahan seri 1-1, MyTeam dikira menang berdasarkan peraturan gol di tempat lawan yang memihak kepada mereka.
Kelantan mudah melangkah ke peringkat suku akhir apabila mencatat kemenangan 3-1 ke atas PDRM dalam perlawanan kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sekaligus mara dengan agregat 8-2. Dalam perlawanan pertama, Kelantan membelasah PDRM 5-1 di Kota Bharu.


Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard tetap disenaraikan dalam skuad Liverpool yang akan berhadapan dengan Real Madrid dalam perlawanan pertama saingan suku akhir Liga Juara Eropah hari ini, dan telah turun menjalani latihan.
Gerrard terpaksa berehat selama tiga minggu kerana ditimpa kecederaan hamstring tetapi telah mula menjalani latihan di Melwood pada hari Isnin dan akan turut serta dalam kunjungan ke Sepanyol.


Gianluca Vialli percaya kehadiran Guus Hiddink sebagai pengurus Chelsea menjadikan perjalanan Juventus dalam saingan suku akhir Liga Juara Eropah semakin sukar.
Vialli begitu berminat untuk mengetahui keputusan pertembungan dua jagoan Eropah itu, dengan perlawanan pertama akan berlangsung di Stamford Bridge awal pagi nanti, di mana dia pernah bermain dengan kedua-dua kelab itu dan menguruskan Chelsea selama 18 bulan setelah Ruud Gullit dipecat dari jawatan pengurus kelab itu.


Perak terpaksa mengharungi masa tambahan sebelum berjaya melangkah ke peringkat seterusnya apabila berjaya menewaskan Kuala Muda NAZA 2-1 dalam perlawanan kedua pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Aman malam tadi.
Kemenangan itu bermakna Perak berjaya mara ke peringkat suku akhir dengan agregat 3-2 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam perlawanan pertama di Stadium Perak, Ipoh hari Sabtu lalu.
February 24, 2009


David Beckham memberi amaran kepada Manchester United agar mengawasi dua penyerang berbahaya Inter Milan, Zlatan Ibrahimovic dan Adriano apabila kedua-dua kelab itu bertembung dalam saingan Liga Juara Eropah awal pagi nanti.
Beckham adalah antara anggota skuad utama AC Milan yang tewas 1-2 kepada Inter dalam saingan Serie A lapan hari lepas, merasakan United merupakan pilihan utama untuk melepasi peringkat suku akhir itu jika mereka dapat merantai pergerakan kedua-dua penyerang Inter itu.


Arjen Robben mempunyai misi tersendiri yang perlu diselesaikan ketika Real Madrid bertemu dengan Liverpool dalam perlawanan pertama saingan kalah mati Liga Juara Eropah esok.
Bekas pemain sayap Chelsea itu akan berhadapan kembali dengan kelab yang dua kali mengecewakan harapannya di peringkat separuh akhir kejohanan itu, dengan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina menafikan sepakan penalti yang diambilnya dua tahun lalu.


AC Milan bertindak balas terhadap kemenangan Inter Milan dan Juventus hari Sabtu lalu apabila turut mencatat kemenangan 1-0 ke atas Cagliari dalam saingan Serie A di San Siro semalam dan kekal sebelas mata di belakang pendahulu liga.
Clarence Seedorf menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-65 untuk menutup persembahan kurang memberangsangkan pasukan tuan rumah terhadap Cagliari, yang bermain tanpa tekanan.
February 23, 2009




Pengurus Lapangan Terbang Manchester mengesahkan yang pihak mereka akan mengemukakan tuntutan insuran kepada bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo di atas kerosakan yang terjadi pada terowong milik lapangan terbang itu selepas dirempuh kereta Ferrari yang dipandu Ronaldo.
Pemain Portugal itu keluar dari keretanya tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang berlaku bulan lepas.


Peluang Liverpool untuk mengejar kedudukan Manchester United semakin sukar apabila mereka hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 dengan Manchester City dalam saingan EPL di Anfield awal pagi tadi.
Keputusan seri ini menyaksikan Liverpool kini ketinggalan tujuh mata di belakang United dan mereka memerlukan keajaiban untuk memintas kedudukan Red Devils yang kian mantap di persada liga.


Pemain gantian, Mario Balotelli menjaringkan gol kemenangan hanya selepas beberapa minit dimasukkan untuk membolehkan pendahulu Serie A, Inter Milan menewaskan Bologna 2-1 semalam.
Barisan bimbingan Jose Mourinho itu mendahului lawannya menerusi jaringan Esteban Cambiasso sebelum Miguel Britos menjaringkan gol penyamaan buat Bologna, dan kini mempunyai kelebihan sembilan mata terhadap pencabar terdekatnya, Juventus yang turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Palermo.
February 22, 2009


Sepuluh pemain Barcelona menyaksikan kelebihan mereka selaku pendahulu dipotong kepada hanya tujuh mata sahaja selepas tewas mengejut 1-2 kepada pasukan bawahan, Espanyol dalam saingan La Liga di Nou Camp semalam.
Bekas pemain Barca, Ivan De La Pena menjadi pemusnah dengan menjaringkan kedua-dua gol buat Espanyol selepas rehat perlawanan, apabila pasukan tuan rumah kehilangan seorang pemainnya, Seydou Keita yang diarahkan keluar padang pada babak pertama.


Real Madrid terus menghimpit kedudukan Barcelona di persada La Liga apabila membelasah Real Betis 6-1 di Barnebeu semalam
Kesemua tujuh gol Madrid dijaringkan pada babak pertama, dengan ketua pasukan, Raul dan Klaas Jan Huntelaar masing-masing meledak dengan dua gol, menambah gol yang dijaringkan rakan sepasukan mereka, Gonzalo Higuain dan Sergio Ramos.


Pada ketika rekod bersih kemenangan Manchester United hampir berakhir, Cristiano Ronaldo tampil mempamerkan kemahiran tingginya untuk membantu United menewaskan Blackburn Rovers 2-1 dalam saingan EPL di Old Trafford awal pagi tadi.
Ronaldo melakukan sepakan percuma menakjubkan selepas sejam perlawanan berlangsung untuk memberikan United kelebihan lapan mata mengatasi pencabar di tangga kedua, Liverpool.


Penampilan pertama Andrei Arshavin gagal membantu Arsenal mencatat kemenangan sebaliknya sekali lagi seri tanpa jaringan ketika menentang Sunderland dalam saingan EPL di Stadium Emirates pada awal pagi tadi.
Arshavin, yang menandatangani kontrak di saat akhir pintu perpindahan pemain hampir ditutup dari Zenit St Petersburgh, menyaksikan rembatannya hanya sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol lawan manakala penjaga gol Sunderland, Marton Fulop berjaya menafikan satu percubaan cantik pemain Rusia itu.
Next Page »
|