IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Archive for: January 2009

January 31, 2009

Puyol Bakal Terlepas Aksi Tiga Perlawanan.

Ketua pasukan Barcelona, Carles Puyol tidak dapat beraksi sekurang-kurangnya sepuluh hari dan akan terlepas aksi dalam tiga perlawanan yang melibatkan pendahulu liga itu.

Puyol terpaksa digantikan selepas sejam perlawanan ketika perlawanan suku akhir Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey) dalam perlawanan yang dimenangi oleh Barca ke atas Espanyol selepas dia mengalami kecederaan kaki kiri.

Berita Baik Untuk Penyokong Perak – PAFA Turunkan Harga Tiket Liga Super.

Filed under: Artikel, Berita Liga Malaysia, Pasukan Perak, Tempatan - 31 Jan 2009

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) membuat kejutan apabila mengumumkan yang harga tiket untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Perak akan diturunkan untuk menarik kembali minat penyokong Perak supaya datang ke stadium.

Tiket bagi tempat berbumbung yang sebelum ini berharga RM15 akan diturunkan kepada RM5 manakala tiket tempat duduk terbuka yang sebelum ini berharga RM8 akan diturunkan kepada harga semurah RM2.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kos hidup dalam negara yang semakin meningkat dan tahap kemampuan berbelanja yang semakin menurun, berita ini sudah tentu akan disambut dengan perasaan yang gembira oleh peminat-peminat bola sepak di Perak.

Blackburn Tolak Tawaran Terbaru Manchester City Untuk Pikat Santa Cruz.

Pengurus Manchester City, Mark Hughes mengesahkan yang Blackburn Rovers telah menolak tawaran terbarunya ke atas Roque Santa Cruz yang dikatakan bernilai 18.5 juta pound.

“Khamis lalu, kami meningkatkan tawaran kepada Blackburn untuk mendapatkan Roque Santa Cruz tetapi ia telah ditolak,” kata Hughes yang mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu dari Bayern Munich pada Julai 2007 dengan nilai 3.5 juta pound.

Cruz menunjukkan persembahan memberangsangkan dengan menjaringkan 23 gol pada tahun pertamanya di EPL.

January 30, 2009

Piala Raja Sepanyol – Barcelona Dan Sevilla Melangkah Ke Separuh Akhir.

Barcelona dan Sevilla menempah tempat ke peringkat separuh akhir Piala Raja Sepanyol apabila menyingkirkan lawan masing-masing di peringkat suku akhir semalam. Barca menewaskan Espanyol 3-2 manakala Sevilla melangkah dengan kelebihan jaringan di tempat lawan ke atas penyandang juara, Valencia.

Sevilla, juara 2007, akan bertemu Athletic Bilbao untuk merebut satu tempat ke perlawanan akhir yang akan diadakan di Valencia pada bulan Mei, manakala Barca akan bertemu dengan Real Mallorca pada satu lagi separuh akhir.

Portsmouth Hentikan Sebarang Usaha Untuk Memikat Saviola.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Isu Semasa, Kelab Portsmouth - 30 Jan 2009

Kelab yang sedang bergelut dengan prestasi dalam saingan EPL, Portsmouth sudah menghentikan usahanya untuk memikat penyerang Real Madrid, Javier Saviola pada ketika mereka mencari pemain yang boleh memberikan impak meningkatkan prestasi mereka.

Kelab itu semakin menghampiri zon penyingkiran dan memerlukan suntikan semangat untuk meningkatkan semula kedudukannya.

Penyerang antarabangsa Argentina, Saviola menjadi salah seorang pemain yang dikehendaki oleh pengurus Pompey, Tony Adams sewaktu pintu perpindahan pemain dibuka awal Januari lalu tetapi dia tidak bermain dalam sebarang perlawanan La Liga semenjak November lalu menyebabkan tahap kecergasannya dipertikaikan.

Capello Gembira Dengan Prestasi Beckham Di Milan.

Prestasi baik David Beckham ketika bersama kelab AC Milan adalah bagus untuk skuad England, begitulah kata pengurusnya, Fabio Capello.

Pemain tengah England itu menyertai Milan secara pinjaman selam dua bulan dari LA Galaxy bulan ini dalam usahanya untuk mengekalkan kecergasannya ketika musim bola sepak Amerika Syarikat berhenti rehat.

Capello, yang menyaksikan aksi Beckham ketika perlawanan Milan menentang Genoa di San Siro, memberikan bayangan jelas yang pemain berusia 33 tahun itu akan berada dalam skuad England yang akan menentang Sepanyol dalam perlawanan persahabatan pada 11 Februari.

January 29, 2009

EPL – Chelsea Melonjak Ke Tangga Kedua, Singkir Liverpool Di Tangga Ketiga.

Mido menambah duka Liverpool apabila membantu Wigan mencatat keputusan seri 1-1 dalam saingan EPL di Stadium JJB awal pagi tadi.

Pemain Mesir itu, yang baru menyertai Wigan secara pinjaman dari Middlesbrough, menyempurnakan sepakan penalti yang diperolehi kelab barunya itu selepas Lucas dipersalahkan kerana mengasari Jason Koumas ketika permainan berbaki sembilan minit untuk ditamatkan.

Fernando Torres hampir meletakkan Liverpool di depan apabila tandukannya hasil hantaran Steven Gerrard sekadar menggegar palang gol sebelum Youssi Benayoun menjaringkan gol buat Liverpool pada minit ke-41.

Lagi Desakan Kembalikan Khidmat Tenaga Import Namun FAM Masih Keras Kepala.

Semenjak Malaysia dibelasah 0-5 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam saingan kelayakan Piala Asia 2011, hampir setiap hari pandangan demi pandangan diberi oleh khalayak untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

Salah satu idea yang hebat berkumandang kini ialah desakan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuka semula pintu untuk pemain import kembali bermain dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Walaupun idea itu telah diutarakan sebelum ini namun ia kembali dicanangkan sebagai satu jalan keluar dari masalah pemain kurang bermutu yang dikatakan punca kekalahan memalukan Malaysia kepada UAE itu.

Robinho Nafi Terlibat Dengan Serangan Seksual.

Penyerang Brazil dan Manchester City, Robinho menafikan terlibat dalam kes jenayah selepas dia ditahan kerana didakwa melakukan serangan seksual.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web pemain berusia 23 tahun itu menyatakan yang Robinho menafikan penglibatannya dalam kes itu dan gembira memberi kerjasama kepada pihak polis.

Robinho, yang merupakan pemain termahal dalam sejarah bola sepak British, telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan serangan seksual ke atas seorang wanita berusia 18 tahun di sebuah kelab malam di utara Leeds dua minggu yang lalu.

January 28, 2009

AC Milan Bersedia Untuk Kekalkan Khidmat Beckham.

AC Milan bersedia untuk membayar yuran perpindahan sebanyak 4.5 juta pound untuk mengekalkan David Beckham di San Siro, tetapi merujuk kepada kenyataan Ketua Eksekutif Milan, Adriano Galliani, LA Galaxy telah bersetuju dengan tawaran itu.

Kontrak lima tahun Beckham dengan kelab MLS (Major League Soccer) itu mempunyai klausa yang menyatakan pemain itu boleh berpindah secara percuma pada bulan Oktober.

Milan mensasarkan untuk menawarkan bayaran supaya Galaxy membenarkan pemain berusia 33 tahun itu terus kekal di Itali.

Manchester Makin Selesa Di Takhta Liga Selepas Belasah West Brom.

Penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar dan barisan pertahanannya mencatat sejarah EPL di sebalik kemenangan besar skuad bimbingan Alex Ferguson itu 5-0 ke atas barisan sepuluh pemain West Bromwich Albion di The Hawtons awal pagi tadi, sekaligus menjarakkan diri kepada tiga mata dari pasukan di tangga kedua.

Penjaga gol berusia 38 tahun itu memecahkan rekod 925 minit penjaga gol Chelsea, Petr Cech pada musim 2004-05 tanpa dibolosi sebarang gol dan United turut mencatat rekod kemenangan sebelas perlawanan berturut-turut, memecahkan rekod The Blues empat tahun lalu.

Perpindahan Hampir Menjadi Kenyataan, Arsenal Bersetuju Dengan Nilai Arshavin.

Zenit St Petersburgh mengeluarkan kenyataan yang mendakwa mereka telah hampir mencapai kata sepakat dengan terma-terma perjanjian yang melibatkan pemain serba bolehnya, Andrei Arshavin dalam rundingan awalnya dengan Arsenal.

Pengumuman dari Zenit juga membayangkan yang Arsenal juga telah bersetuju dengan yuran perpindahan yang ditetapkan oleh kelab itu untuk mendapatkan Arshavin, yang membuka banyak mata dengan persembahan hebatnya di kejohanan negara Eropah tahun lalu.

Kelab Rusia itu juga mengesahkan yang rundingan itu kini tertumpu kepada terma perjanjian peribadi Arshavin manakala yang lainnya telah dipersetujui.

January 27, 2009

Mourinho Akui Minat Dapatkan Drogba Dan Jenas Untuk Inter Milan.

Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho mengakui yang beliau berminat untuk mendapatkan Didier Drogba atau Jermaine Jenas sebelum pintu perpindahan pemain ditutup.

Pasukan bimbingan Mourinho itu kini menduduki takhta Serie A dan walaupun beliau gembira dengan pemain-pemain yang ada dalam pasukannya, beliau tetap mahu menambah kekuatan sedia ada dengan kemasukan Drogba dan Jenas.

Drogba kini sedang berhadapan krisis dengan pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari sepanjang minggu, menguatkan spekulasi yang dia akan meninggalkan Stamford Bridge.

Cegah Sebelum Parah, PBNST Lantik Ken Worden Latih Skuad Terengganu.

Skuad Terengganu kini akan dibimbing oleh jurulatih import, Ken Worden dalam usaha Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) memulihkan semula prestasi skuad Penyu yang kian terumbang-ambing dalam saingan Liga Super.

Dari empat perlawanan, Terengganu hanya memungut tiga mata menerusi satu kemenangan hingga menyebabkan pihak pengurusan mengambil tindakan drastik menggunakan khidmat Worden, sekaligus mengambil alih tugas jurulatih terdahulu, Mohd Nik yang kini ditugaskan untuk membantu Worden.

January 26, 2009

Demi Memperkuat Buruan Kejuaraan EPL, Aston Villa Ikat Heskey.

Penyerang England, Emile Heskey telah menandatangani kontrak dengan kelab yang sedang memberi saingan kepada kejuaraan EPL, Aston Villa setelah mereka bersetuju dengan yuran sebanyak 3.5 juta pound yang ditetapkan oleh Wigan Athletic.

Heskey akan bergabung semula dengan bekas bossnya di Leicester, Martin O’Neill setelah menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah.

Pemain berusia 31 tahun itu menurunkan tandatangannya selepas dia lulus ujian perubatan dan bersetuju dengan terma perjanjian peribadi dengan Villa.

Pintu Perpindahan Pemain Dilanjutkan Sehari Lagi Buat Kelab Sepanyol.

Kelab bola sepak Sepanyol menerima khabar gembira apabila mereka diberi tambahan 24 jam untuk menyempurnakan urusan perpindahan pemain. Ini bermakna kelab-kelab Sepanyol masih boleh berurusan menandatangani pemain baru sehingga tengah malam 31 Januari 2009.

Kebenaran itu diberikan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas menerima permohonan daripada Persatuan Bola Sepak Sepanyol yang mahu tarikh akhir bagi perpindahan pemain di negara itu disamakan dengan negara-negara lain.

January 25, 2009

Barcelona Terus Mengganas, Kini Semakin Selesa Di Takhta Liga.

Barcelona menjarakkan diri selaku pendahulu La Liga kepada jurang lebih besar iaitu 15 mata, selepas mudah menundukkan Numancia 4-1 di Nou Camp awal pagi tadi.

Perlawanan babak pertama berakhir tanpa sebarang gol dihasilkan, walaupun Javier González Del Pino berjaya menggegar jaring buat pasukan pelawat namun dia dipersalahkan kerana dikatakan terlebih dahulu mengasari Xavi.

Bagaimanapun, selepas babak kedua bermula, Lionel Messi menjaringkan golnya yang ke-13 musim ini, hasil gerakan menarik Dani Alves.

Piala FA - Manchester United Singkir Skuad Harry Redknapp.

Manchester United berada di landasan tepat untuk mencapai impian merangkul kejuaraan Piala FA apabila berhempas pulas menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 dalam saingan pusingan keempat di Old Trafford awal pagi tadi, sekaligus menempatkan diri di kalangan 16 pasukan terakhir ke pusingan seterusnya.

Paul Scholes dan bekas penyerang popular Spurs, Dimitar Berbatov masing-masing menggegar jaring lawan dalam masa selang seminit untuk memadam kelebihan awal Spurs hasil jaringan Roman Pavlyuchenko.

Nasib Sathianathan Akan Ditentukan Pada 31 Januari Ini.

Kecoh satu Malaysia angkara tumbangnya skuad bola sepak kebangsaan 0-5 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam saingan kelayakan Piala Asia 2011 tempoh hari, sesuatu yang sebenarnya telahpun diramalkan sebelum ini.

Kekecohan itu bertambah hangat apabila ketua jurulatih Malaysia, B. Sathianathan dengan nada kecewa menyalahkan mutu Liga Malaysia sebagai punca kekalahan pasukan negara itu.

Dalam masa yang sama juga, beliau menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai majikan untuk menentukan kedudukannya selaku ketua jurulatih skuad negara. Katanya, beliau sanggup melepaskan jawatannya jika itu yang dimahukan oleh FAM.

Prestasi Sedikit Merosot Namun Inter Milan Tetap Percayakan Mourinho.

Inter Milan mungkin memulakan tahun baru dengan agak perlahan tetapi Presiden kelab itu, Massimo Moratti tetap gembira dengan pencapaian juara tiga tahun berturut-turut itu di bawah bimbingan Jose Maorinho yang kini masih menerajui takhta Serie A.

Keputusan seri 1-1 dengan Cagliari dan kekalahan 1-3 kepada Atalanta minggu lalu menipiskan jurang dengan Juventus ditangga kedua kepada hanya tiga mata sahaja ketika perjalanan liga sudah melepasi separuh musim.

Bagaimanapun, dengan pencapaian tanpa kalah Nerazzurri di San Siro dan hanya tumpas dalam dua dari 19 perlawanannya, Moratti menganggap Mourinho telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

January 24, 2009

Manchester United Dilanda Krisis Kecederaan, Ferguson Tetap Enggan Beli Pemain Baru.

Sir Alex Ferguson mengesahkan yang dua pemainnya, Anderson dan Johnny Evans terpaksa diketepikan selama tiga minggu kerana mengalami kecederaan buku lali tetapi enggan terlibat dalam sebarang pembelian pemain dalam tempoh masa yang dibenarkan.

Anderson dan Evans mengalami kecederaan itu dalam saingan separuh akhir Piala Carling ketika Manchester United mengalahkan Derby County untuk melangkah ke perlawanan akhir.

Anderson terpaksa dibawa keluar menggunakan pengusung selepas wisel penamat ditiup manakala Evans dibawa keluar lebih awal, di sebalik kemenangan 4-2 United ke atas Derby itu.

Ada Saja Alasan, Kali Ini Liga Malaysia Pula Jadi Sasaran.

Liga Malaysia bukan bola sepak sebenar! Itulah komen ketua jurulatih Malaysia, B. Sathianathan dengan muka merah padam dalam sidang akhbar yang diadakan selepas skuad negara dibelasah 0-5 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam saingan kelayakan Piala Asia 2011 hari Rabu lalu.

Tiada siapa yang dapat meneka apa maksud sebenar kenyataan Sathianathan itu. Bagaimanapun, khalayak dapat mengagak yang Sathia sebenarnya menyalahkan Liga Malaysia yang dikatakan gagal melahirkan pemain-pemain berkualiti untuk dibekalkan sebagai pemain skuad kebangsaan.

Apakah benar dakwaan Sathia yang menyalahkan Liga Malaysia sebagai punca utama kekalahan teruk Malaysia kepada UAE? Adakah kegagalan skuad negara selama ini juga berpunca dari mutu rendah Liga Malaysia?

Ibrahimovic Rangkul Tiga Anugerah Itali.

Penyerang Inter Milan, Zlatan Ibrahimovic dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan dalam majlis Anugerah Bola Sepak Itali 2008 hari Selasa lalu.

Anugerah itu berdasarkan undian yang dilakukan oleh ahli Persatuan Pemain Bola Sepak Itali, adalah salah satu dari tiga anugerah yang dibolot oleh penyerang Sweden itu dalam majlis yang diadakan di Milan. Ibrahimovic juga memenangi anugerah untuk Pemain Luar Terbaik dan Jaringan Paling Menarik.

January 23, 2009

Liverpool Lepaskan Pennant Sertai Portsmouth Secara Pinjaman.

Pemain sayap Liverpool, Jermaine Pennant bersetuju untuk menyertai Portsmouth secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

Pemain berusia 26 tahun itu, yang dilaporkan menjadi sasaran Real Madrid dan AC Milan, akan bermain di bawah bekas rakan sekelabnya di Arsenal, Tony Adams di Fratton Park.

Dibelasah UAE, Sampai Bila Penyokong Malaysia Harus Bersabar ?

Filed under: Artikel, Isu Semasa, Skuad Malaysia, Tempatan - 23 Jan 2009

Malaysia kalah lagi. Kali ini pasukan kebangsaan kita dibelasah 0-5 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam saingan kelayakan Piala Asia 2011 kelmarin. Maka seluruh Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras gegak gempita dengan maki hamun, sumpah seranah dan tidak kurang juga yang melontar objek ke tengah padang.

Itu belum dikira lagi perasaan amarah yang membuak-buak dari peminat di seluruh negara. Semuanya sudah bosan dengan janji demi janji yang ditabur setiap kali pasukan negara mempunyai tugasan antarabangsa.

Bukannya tidak mahu menyokong, atau tidak mahu percaya dengan janji-janji manis itu, jauh sekali untuk membenci pasukan kebangsaan, tetapi tahap kesabaran penyokong ada batasnya.

Next Page »