Archive for: December 2008
December 31, 2008


Frank Ribery telah bersedia untuk bermain dengan kelab utama di England dan Sepanyol, tetapi mengakui bahawa dia tidak mempunyai rancangan untuk meninggalkan Bayern Munich sebelum kontraknya tamat pada 2011.
Bercakap kepada media Jerman, penyerang antarabangsa Perancis itu mendedahkan tentang impiannya yang ingin bermain dengan salah sebuah kelab utama di Eropah.


Arsene Wenger mengakui yang beliau perlu membuat perubahan pemain ketika pintu perpindahan pemain dibuka Januari nanti untuk memacu Arsenal ke arah pemburuan gelaran juara liga namun beliau tidak tahu sama ada kedudukan kewangan kelab itu mampu memenuhi keinginannya.
Gol pada lewat permainan dari William Gallas memberikan kemenangan 1-0 ke atas Portsmouth untuk menghidupkan peluang buat Arsenal buat mengejar gelaran juara liga, bagaimanapun mereka tetap jauh ketinggalan dari pendahulu, Liverpool dengan jurang sepuluh mata.
December 30, 2008


Penyerang Belanda, Klaas Jan Huntelaar mahu diberi peluang mewakili Real Madrid dalam saingan Liga Juara Eropah musim ini.
Jika dirujuk peraturan UEFA, maka Real Madrid terpaksa memilih salah seorang dari dua pemain yang baru dipikat, Huntelaar dari Ajax Amsterdam dan Lassana Diarra dari Portsmouth, dengan hanya seorang sahaja yang boleh bermain dalam kejohanan itu.


Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard ditahan polis selepas berlaku satu pergaduhan di sebuah restoran. Pemain tengah England itu adalah antara enam orang yang ditahan oleh anggota polis yang dipanggil ke Lounge Inn di Southport, Merseyside.
Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun telah dibawa ke hospital akibat kecederaan di muka, bagaimanapun kecederaan lelaki itu dilaporkan tidak serius. Polis Merseyside berkata, pemain berusia 28 tahun itu dan lima lagi lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian itu.


Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard semakin yakin yang Liverpool kini berada di landasan terbaik untuk merangkul kejuaraan EPL pertama semenjak 1990.
Barisan bimbingan Rafael Benitez mula mengorak langkah buat pertama kali dengan jurang tiga mata ke atas pencabar terdekatnya, Chelsea selepas mereka mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas Newcastle United manakala pesaingnya itu pula terikat 2-2 dengan Fulham di tempat lawan.
December 29, 2008


Wayne Rooney mempertahankan corak permainannya yang dikritik oleh banyak pihak dengan berkata, “Saya selalu berada dalam keadaan terkawal.”
Pemain Manchester United dan England itu disebut sebagai antara pemain yang mempunyai bakat yang besar dalam kalangan pemain yang seangkatan dengannya tetapi corak permainannya yang agak keras sering mengundang kecaman banyak pihak.


Dua gol jaringan Lampard kelihatan cukup untuk memberikan Chelsea kemenangan yang diperlukan ke atas Fulham, sehinggalah jaringan Clint Dempsey pada lewat permainan mengikat keputusan 2-2 dan menyaksikan mereka terpaksa berpuas hati dengan pungutan satu mata sahaja.
Fulham membuat kejutan apabila mendahului pada minit ke-10 di Craven Cottage, pada ketika ada enam-tujuh pemain Chelsea berada di kawasan gol mereka, namun sepakan percuma Simon Davies melepasi kesemua pemain tersebut sebelum Dempsey menolak masuk dari jarak dekat.


Vietnam memaparkan semangat juang yang tinggi apabila penyudahan dramatik pada masa kecederaan memberikan mereka gelaran juara Asia Tenggara buat pertama kali. Mereka hanya mencatat keputusan seri 1-1 dengan Thailand dalam perlawanan ini tetapi berjaya menjulang kejuaraan dengan keputusan agregat 3-2.
Dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi, gol tandukan Le Cong Vinh itu disambut dengan sorakan gegak gempita oleh para penyokong Vietnam yang memenuhi stadium itu.


Steven Gerrard meledak dengan dua gol untuk membantu kemenangan besar Liverpool 5-1 ke atas Newcastle United di St James Park malam tadi, sekaligus menguatkan cengkaman di tangga teratas EPL.
Pemain tengah England itu memulakan hari cemerlang Liverpool dengan jaringan menarik pada minit ke-31 dan kemudian selepas Sami Hypia, David Edgar merapatkan kedudukan buat Newcastle dan Ryan Babel menggandakan kedudukan, Gerrard melengkapkan gol keduanya pada minit ke-66.
December 28, 2008


Everton akan melancarkan bidaan untuk mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Nigeria, Peter Odemwingie bulan Januari nanti. Pemain berusia 27 tahun itu, yang boleh bermain sebagai penyerang atau pemain sayap, dilaporkan sudah bersedia untuk bermain di EPL.
Kini, Everton sudah memulakan langkah awal dan telah berbincang secara terbuka dengan kelab Lokomotiv Moscow, selepas mereka menghadapi masalah kecederaan pemain yang menimpa Louis Saha, Yakubu dan James Vaughan.


“Percaya kepada diri sendiri dan anda mampu memenangi gelaran juara.” Itulah pesanan jurulatih Vietnam, Henrique Calisto kepada pemain-pemainnya menjelang perlawanan yang akan menabalkan pasukan terhandal di Asia Tenggara hari ini.
“Inilah masa melupakan ketakutan dan bermain corak permainan sendiri. Perlawanan ini sudah tentu amat sukar buat kami tetapi kami percaya yang kami mampu menang,” tambah Calisto dalam sidang akhbar sempena perlawanan akhir pusingan kedua yang akan berlangsung di Stadium My Dinh hari ini.


Gary Neville percaya kemenangan Manchester United ke atas Stoke City di Stadium Brittania menjadi petanda yang mereka mampu untuk mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi musim lalu.
Carlos Tevez menjaringkan gol kemenangan United tujuh minit sebelum tamat perlawanan untuk memadam harapan sepuluh pemain Stoke dari mencuri satu mata dan terus memberi saingan kepada Liverpool dan Chelsea yang kini menguasai liga.
December 27, 2008


Pemain Villareal, Marcos Senna mengakui yang dia begitu berminat untuk ke Manchester City apabila pintu perpindahan pemain dibuka Januari nanti.
Pemain tengah Sepanyol itu yang masih mempunyai kontrak dengan Villareal sehingga 2010, dipercayai antara pemain yang berada dalam senarai yang dikehendaki Mark Hughes, dengan pemilik kelab itu sudahpun menyediakan dana untuk pembelian pemain-pemain pada bulan Januari nanti.


Aston Villa menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila bangkit dari ketinggalan dua gol sebelum mengikat Arsenal dengan keputusan seri 2-2 di Villa Park awal pagi tadi.
Keputusan seri ini juga bermakna Arsenal gagal dalam usahanya untuk memintas kedudukan Villa di tangga keempat liga.
Gol jaringan Gareth Barry dan Zat Knight menjadi penyelamat Aston Villa selepas Arsenal mendahului menerusi dua jaringan Denilson dan Abou Diaby.


Liverpool mengenepikan tekanan yang diberi oleh Chelsea apabila mudah menundukkan Bolton Wanderers 3-0 di Anfield sekaligus mengekalkan kedudukan selaku pendahulu EPL.
Kemenangan Chelsea 1-0 ke atas West Bromwich Albion sebelum pertemuan Liverpool-Bolton itu meletakkan skuad bimbingan Luiz Felipe Scolari di tangga teratas buat seketika sehinggalah gol dari Albert Riera dan dua gol jaringan Robbie Keane mengembalikan takhta liga kepada Liverpool.
Kemenangan ini bermakna Liverpool melengkapkan rekod tanpa kalahnya di Anfield sepanjang tahun 2008 dalam saingan liga.


Chelsea kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan pasukan bawahan, West Bromwich Albion 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge malam tadi.
Gol babak pertama jaringan Didier Drogba dan Frank Lampard memberikan Chelsea kemenangan pertama mereka di Stamford Bridge dari empat perlawanan.


Carlos Tevez memastikan Manchester United kembali mencatat kemenangan dalam liga domestik dan meletakkan tekanan kepada pendahulu liga dengan kemenangan 1-0 ke atas Stoke City di Stadium Brittania sebentar tadi.
Penyerang Argentina itu memecah kebuntuan ketika perlawanan berbaki tujuh minit untuk menamatkan cabaran hebat Stoke yang terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas Andy Wilkinson dibuang padang.
December 26, 2008


riezer - Laporan penuh perlawanan-perlawanan ini akan disiarkan sebaik kami menerima maklumat lengkap.


Barcelona mungkin telah mengalahkan kesemua pesaing terdekatnya dalam pemburuan menjulang kejuaraan La Liganya yang pertama sejak 2006, tetapi jurulatih Villarela, Manuel Pellegrini tidak mahu menganggap yang saingan ke arah itu telahpun berakhir buat mereka.
Barca menamatkan saingan musim lalu dalam keadaan memalukan apabila ketinggalan 18 mata di belakang juara La Liga, Real Madrid dan ketinggalan sepuluh mata kepada pasukan di tangga kedua, Villareal, tetapi mereka kelihatan akan mencatat keputusan yang berlawanan kali ini, dengan skuad bimbingan Pep Guardiola itu seperti sudah tidak boleh disekat lagi kemaraan mereka.


Penjaga gol Chelsea, Peter Cech menegaskan yang pengurus pasukan itu, Luiz Felipe Scolari masih mendapat sokongan penuh dari para pemain Chelsea untuk mengendalikan kelab itu.
Media Inggeris sebelum ini melaporkan yang beberapa pemain senior termasuk John Terry dan Frank Lampard tidak begitu gembira dengan cara Scolari mengendalikan pasukan itu.


Pemain tengah Chelsea, Michael Essien telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Ghana bagi tahun ini selepas selesai majlis pengundian oleh pihak media.


Bayern Munich mengesahkan yang pemain tengahnya, Bastian Schweinsteiger telah bersetuju untuk menandatangani kontrak baru selama tiga tahun dengan kelab itu.
Pemain antarabangsa Jerman itu menandatangani kontrak baru itu hujung minggu lalu, sekaligus menepis khabar angin yang mengaitkannya dengan beberapa kelab lain memandangkan kontraknya dengan Bayern bakal tamat hujung musim ini.
December 25, 2008


Pihak media melaporkan yang pemain sayap Liverpool, Jermaine Pennant terlepas peluang untuk bermain dengan Real Madrid, dikatakan berpunca dari permintaannya yang keterlaluan terhadap kelab Sepanyol itu.
Kekerapan Pennant disisihkan dalam kesebelasan utama musim ini telah menimbulkan ketidakpuashatian pemain itu, dan tidak dapat disembunyikan lagi yang masa depannya bukan lagi di Merseyside.


Setelah menyingkirkan juara bertahan, Singapura dari kejohanan Piala Suzuki AFF, pasukan bukan pilihan, Vietnam sekali lagi membuat kejutan apabila menewaskan Thailand 2-1 dalam perlawanan akhir pusingan pertama yang berlangsung di Stadium Rajamangala semalam.
Ini bermakna, Vietnam hanya memerlukan keputusan seri dalam perlawanan pusingan kedua yang akan berlangsung di Hanoi untuk merangkul kejuaraan Piala Suzuki buat pertama kali dalam sejarah kejohanan ini.


Pemain pertahanan Malaysia, Aidil Zafuan Abdul Radzak mahu semua pihak menghentikan segala tohmahan dan cakap-cakap mengenai isu pernikahannya dengan artis tanah air, Rita Rudaini kerana dia menganggap isu itu sudah diselesaikannya bersama keluarganya.
Isu pernikahan Aidil dan Rita menjadi kontroversi kerana ia disembunyikan tanpa pengetahuan ahli keluarganya dan pihak media selama sepuluh bulan sehinggalah ia didedahkan oleh bapanya, Abdul Radzak Salleh baru-baru ini kepada pihak media.
Next Page »
|