IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Archive for: November 2008

November 30, 2008

Juventus Mudah Belasah Reggina.

Juventus kembali ke landasan kemenangan apabila menang besar 4-0 ke atas Reggina dalam saingan Serie A Itali di Stadio Olimpico semalam. Kemenangan ini meletakkan mereka di tangga kedua liga mengatasi AC Milan.

Mauro Camoranesi meletakkan Juventus di depan pada minit ke-28 sebelum jaringan Amauri (44), Giorgio Chiellini (61) dan Alessandro del Piero (74, penalti) memastikan tiga mata milik Juventus di sebalik suasana yang tidak menyenangkan di Olimpico.

Real Madrid Tumpas Mengejut Kepada Getafe.

Juara liga musim lalu, Real Madrid tumpas 1-3 kepada Getafe dalam saingan Liga Primera Sepanyol di Coliseum Alfonso Perez semalam. Perlawanan itu juga menyaksikan senarai pemain mereka yang mengalami kecederaan semakin bertambah.

Scolari Mahu Chelsea Menang Ke Atas Arsenal.

Liuz Felipe Sclari memberi amaran kepada pesaing-pesaingnya bahawa Chelsea bakal beraksi dengan lebih baik lagi pada penggal kedua saingan EPL.

Chelsea kini berada di tangga teratas EPL mengatasi Liverpool dengan perbezaan kelebihan gol dan mereka bakal berhadapan dengan Arsenal dalam pertemuan di Stamford Bridge hari ini.

Keputusan Perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Filed under: Antarabangsa, Berita Bola, Berita EPL - 30 Nov 2008

Sunderland terjerumus ke zon penyingkiran selepas dibelasah 1-4 oleh Bolton Wanderers dalam saingan EPL malam tadi.

Sunderland kini kalah lima dari enam perlawanan terakhirnya termasuk empat kekalahan di gelanggangnya, Stadium of Light.

Segalanya kelihatan bermula baik buat Sunderland apabila terlebih dahulu menggegar jaring menerusi Djibril Cisse selepas menerima hantaran Steed Malbranque. Bagaimanapun, Matt Taylor menanduk masuk gol penyamaan pelawat pada minit ke-18.

Hughes Anggap Pertemuan City–United Terpenting Di EPL.

Pengurus Manchester City, Mark Hughes menganggap pertemuan antara kelabnya dengan Manchester United hari ini sebagai antara pertemuan terpenting dalam saingan EPL musim ini.

Hughes menyedari bahawa dia mampu melengkapkan City dengan pemain-pemain terbaik sebaik sahaja pintu perpindahan pemain dibuka Januari nanti berikutan pengambilalihan pengurusan kelab oleh Konsortium Abu Dhabi musim panas lalu.

November 29, 2008

Barcelona Dan Real Madrid Bakal Disaingi.

Getafe dan Sevilla kini berpeluang menconteng arang ke muka pendahulu liga, Barcelona dan juara bertahan, Real Madrid dalam pertemuan Liga Primera Sepanyol hari ini.

Kedua-dua kelab mempunyai rekod yang baik dan mereka bakal menguji dua kelab yang baru pulang dengan persembahan baik dalam saingan Liga Juara Eropah pada pertengahan minggu.

Podolski Ingin Tinggalkan Bayern Munich.

Lukas Podolski berkemungkinan akan bermain dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas dia dilaporkan berkata yang dia mahu meninggalkan kelabnya, Bayern Munich apabila pintu perpindahan pemain dibuka pada bulan Januari nanti.

Pemain Jerman berusia 23 tahun itu adalah salah seorang bintang skuad bimbingan Joachim Loew yang bersinar semasa pusingan akhir EURO’08 dengan ledakan tiga gol sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Gallas Mahu Kekal Di Arsenal.

Walaupun dihimpit kritikan bekas ketua pasukan Arsenal, William Gallas tetap tidak mahu meninggalkan kelab itu. Di sebalik kontroversi yang ditimbulkannya, Gallas mahu kekal di Arsenal.

Kelab Perancis, Paris St Germain merupakan antara destinasi kemungkinan buat Gallas namun sumber yang rapat dengan pemain itu menafikan berita yang pemain itu akan meninggalkan The Gunners.

Keputusan Penuh Saingan Kumpulan Piala UEFA.

Filed under: Antarabangsa, Berita Bola, Berita Piala UEFA - 29 Nov 2008

Dua gol lewat dari AC Milan menafikan peluang Portsmouth mencatat kemenangan sekaligus membolehkan kelab Serie A Itali itu meneruskan langkahan ke peringkat kalah mati Piala UEFA bersama pasukan CSKA Moskow, St. Etienne dan Manchester City.

November 28, 2008

Manchester City Benam Cabaran Schalke 04.

Gol jaringan Benjani dan Stephen Ireland sudah cukup untuk membenam cabaran Schalke 04 2-0 dalam saingan Kumpulan A Piala UEFA di Veltins Arena semalam.

Benjani menggegar jaring pada minit ke-32 berikutan hantaran cantik dari Daniel Sturridge yang mengambil alih tempat Robinho yang mengalami kecederaan sebelum Ireland menggandakan kedudukan pada minit ke-67.

AC Milan Hampir Tunduk Kepada Portsmouth.

Dua gol pada enam minit terakhir jaringan Ronaldinho dan Filippo Inzaghi membantu AC Milan mengikat Portsmouth dengan keputusan 2-2 dalam saingan Piala UEFA di Fratton Park awal pagi tadi.

Pompey kembali menghidupkan peluangnya dalam saingan Piala UEFA ketika menentang juara Eropah tujuh kali itu dengan persembahan menakjubkan sumbangan Younes Kaboul menerusi tandukan pada minit ke-62 dan jaringan Nwankwo Kanu dari jarak dekat sebelas minit kemudian.

Liga Juara Eropah – 13 Pasukan Sah Ke Fasa Kalah Mati.

Bekas juara Eropah, Liverpool dan Inter Milan telah mengesahkan tempat masing-masing dalam fasa kalah mati Liga Juara Eropah manakala finalis musim lalu, Chelsea masih bergelut untuk layak ke peringkat seterusnya setelah sekadar seri 1-1 dengan Bordeaux kelmarin.

Juara lima kali, Liverpool layak sebagai wakil Kumpulan D selepas gol Steven Gerrard memberikan kemenangan 1-0 ke atas Marseille di tempat sendiri. Kelab Inggeris itu diiringi oleh Atletico Madrid yang mengalahkan PSV Eindhoven 2-1 di Calderon.

Keputusan Penuh Liga Juara Eropah.

Filed under: Antarabangsa, Berita Liga Juara Eropah, Pengumuman - 28 Nov 2008

Berikut adalah aksi-aksi hebat perlawanan Liga Juara Eropah kelmarin.

November 27, 2008

Inter Milan Kalah Mengejut Kepada Panathinaikos.

Panathinaikos menghidupkan semula peluangnya untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara Eropah selepas mereka mengejutkan Inter Milan dengan kemenangan tipis 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di San Siro semalam.

Gol Gerrard Pastikan Kemenangan Liverpool.

Gol Steven Gerrard yang ke-30 dalam saingan Eropah memberikan Liverpool tempat dalam kelompok 16 pasukan yang layak ke fasa kalah mati Liga Juara Eropah. Gol Gerrard itu membantu kemenangan tipis 1-0 Liverpool ke atas Marseille di Anfield awal pagi tadi.

Ketua pasukan Liverpool itu kembali dari kecederaan otot untuk meneruskan aksi cemerlangnya ke atas kelab Perancis itu dalam saingan Kumpulan D.

Barcelona Menang Bergaya Ke Atas Sporting Lisbon.

Barcelona memahat kedudukan tangga teratas Kumpulan C apabila mencatat kemenangan bergaya 5-2 ke atas Sporting Lisbon dalam saingan Liga Juara Eropah di Estadio Jose Alvalade awal pagi tadi.

Chelsea Sekadar Seri Dengan Bordeaux.

Chelsea terpaksa menangguhkan hasratnya untuk mengesahkan kedudukan ke peringkat kalah mati Liga Juara Eropah apabila sekadar seri 1-1 dengan Bordeaux di tempat lawan awal pagi tadi.

Liga Juara Eropah - Benitez Jangka Tentangan Sengit Marseille.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez berkata pasukannya sudah bersiap sedia untuk menanti kedatangan Marseille ke Anfield dalam saingan Liga Juara Eropah awal pagi nanti.

Kelab Perancis itu ke Anfield dengan matlamat untuk mencatat kemenangan bagi membuka semula ruang untuk mereka melangkah ke saingan kalah mati Liga Juara Eropah. Sekiranya seri, mereka tetap layak ke saingan Piala UEFA.

November 26, 2008

Keputusan Penuh Liga Juara Eropah.

Filed under: Antarabangsa, Berita Liga Juara Eropah, Pengumuman - 26 Nov 2008

Berikut adalah aksi-aksi hebat Liga Juara Eropah semalam.

Barcelona Boleh Berjaya Tanpa Messi.

Barcelona berpeluang untuk menduduki tangga teratas Kumpulan C dalam saingan Liga Juara Eropah sekaligus membuktikan yang mereka juga boleh berjaya tanpa kehadiran Lionel Messi sekiranya menang ke atas Sporting Lisbon awal pagi nanti.

Arsenal Menang Tipis Ke Atas Dynamo Kiev.

Cesc Fabregas memulakan tugasnya sebagai ketua pasukan Arsenal dengan cemerlang apabila membantu pasukannya menang 1-0 ke atas Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara Eropah di Stadium Emirates awal pagi tadi. Kemenangan itu membolehkan Arsenal melangkah ke saingan peringkat kalah mati Liga Juara Eropah.

Manchester United Terikat Dengan Villareal.

Manchester United mengesahkan tempatnya ke peringkat kalah mati Liga Juara Eropah apabila mencatat keputusan seri 0-0 dengan Villareal di Estadio El-Madrigal awal pagi tadi. Bagaimanapun, tumpuan perlawanan itu lebih terarah kepada Cristiano Ronaldo yang mempamer aksi menarik selain menjadi penyebab pasukan tuan rumah terpaksa bermain dengan sepuluh pemain pada lewat permainan.

Fabregas Akan Ambil Alih Tugas Kapten – Wenger.


William Gallas akan disenaraikan dalam skuad Arsenal yang akan bertemu Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara Eropah di Stadium Emirates Rabu ini tetapi bukan sebagai ketua pasukan.

Arsene Wenger mengesahkan bahawa tugas pemain Perancis berusia 31 tahun itu akan diserahkan kepada pemain  Arsenal yang berusia 21 tahun, Cesc Fabregas.

November 25, 2008

Ronaldo Tetap Ke Sepanyol - Ferguson.

Manchester United tetap akan membawa Cristiano Ronaldo ke Sepanyol untuk berhadapan dengan Villareal dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu ini walaupun pemain itu mengalami kecederaan kaki.

Bagaimanapun, juara Eropah itu pasti tidak dapat menggunakan khidmat Dimitar Berbatov yang terpaksa direhatkan kerana turut mengalami kecederaan dalam perlawanan yang berlangsung di Estadio El Madrigal itu.

Wenger Tuntut Gallas Mohon Maaf.

Arsene Wenger hanya akan menyenaraikan semula William Gallas dalam skuad Arsenal ketika bertemu kelab Ukraine, Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu ini sekiranya pemain itu memohon maaf dari rakan sekelabnya.

Wenger mempertahankan keputusannya mengenepikan Gallas dari tugas ketua pasukan di sebalik kekalahan 0-3 kepada Manchester City dalam saingan EPL di Eastlands Sabtu lalu.

Next Page »