IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Archive for: September 2008

September 30, 2008

UEFA Batalkan Kad Merah Pemain AaB Aalborg.

Pemain pertahanan AaB Aalborg, Michael Beauchamp bernasib baik apabila kad merah yang diterimanya ketika perlawanan menentang Celtic dibatalkan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selepas didapati pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada pemain yang salah.

Brazil Bersedia Benam Cabaran Jepun.

Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Futsal FIFA 2008 akan bermula hari ini di Rio de Janeiro. Selaku tuan rumah, Brazil akan turun dalam perlawanan pembukaan menentang pasukan Asia, Jepun yang menduduki tangga ketiga Kejohanan Futsal Asia. Walaupun dibarisi oleh pemain-pemain yang purata umurnya 30 tahun namun Brazil tetap menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan ini lebih-lebih lagi ia diadakan di Brazil.

Bordeaux Dan St Etienne Sama Kuat.

Bordeaux gagal memperbaiki kedudukannya dalam Ligue 1 apabila sekadar seri 1-1 dengan St Etienne walaupun bermain di laman sendiri kelmarin. Bordeaux kekal di tangga ketujuh dengan sebelas mata dari tujuh perlawanan manakala St Etienne masih menghuni tangga ke-15 dari 20 pasukan Ligue 1.

Wolfsburg Gagal Tangani Kehebatan Karlsruhe.

Vfl Wolfsburg tewas buat kali pertama musim ini apabila kalah 1-2 kepada Karlsruhe dalam saingan Bundesliga kelmarin. Kemenangan ini meningkatkan kedudukan Karlsruhe ke tangga ke-14 manakala Wolfsburg kekal di tangga kelapan Bundeliga. Tiga jaringan pada babak kedua oleh kedua-dua pasukan mewarnai perlawanan yang berlangsung sengit.

September 29, 2008

Inter Milan Tumbang Angkara Ronaldinho.

Jose Maurinho merasai pangalaman pertama pertembungan dua Milan dalam saingan Serie A musim ini. Bagaimanapun, Maurinho terpaksa menelan kepahitan apabila pasukannya tewas 0-1 kepada AC Milan sekaligus kekalahan pertama Inter Milan sejak berada di bawah bimbingan Maurinho. Ronaldinho yang sering memanaskan bangku simpanan kerana prestasi tidak menentu, membalas kepercayaan Carlo Ancelotti dengan menjaringkan gol kemenangan buat AC Milan. Kekalahan ini juga menyebabkan Inter gagal mempertahankan kedudukan pendahulu Serie A selepas dipintas oleh Lazio yang menang 3-1 ke atas Torino dalam perlawanan yang berlangsung sebelum itu. Nasib Inter bertambah malang apabila dua pemainnya dibuang padang dalam perlawanan itu.

Valencia Kini Kembali Ke Takhta La Liga.

Valencia kembali ke tangga teratas Liga Primera Sepanyol selepas bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Deportivo La Coruna 4-2 semalam. Dua gol dari David Villa manakala satu gol masing-masing oleh Juan Mata dan Joaquin berjaya memadam kelebihan gol awal yang dihasilkan oleh Deportivo.

Manchester City Pamerkan Aksi Yoyo.

Apa yang dikatakan pengurus Manchester United, Alex Ferguson mungkin ada kebenarannya bahawa wang tidak dapat membeli semua benda di dunia ini. Manchester City kini terpaksa menelan kepahitan dari situasi ego yang ditimbulkan sebelum ini apabila tewas 1-2 kepada Wigan di Stadium JJB dalam saingan EPL semalam. Ini merupakan kekalahan kedua buat City minggu ini selepas tersingkir dari saingan Piala Liga (Carling) kepada Brighton menerusi sepakan penalti Rabu lalu walaupun sebelum itu mereka membelasah Portsmouth 6-0 dalam saingan EPL.

Lazio Rampas Takhta Serie A.

Lazio merampas takhta Serie A dari Inter Milan selepas menewaskan Torino 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung semalam. Mauro Zarate muncul wira Lazio apabila menyumbangkan dua gol dalam perlawanan itu. Bagaimanapun, kedudukan ini bakal dirampas Inter semula andainya kelab itu menewaskan jirannya, AC Milan dalam perlawanan yang berlangsung lewat beberapa jam. Malang Torino bertimpa-timpa apabila terpaksa bermain dengan sembilan pemain ketika permainan berbaki lapan minit selepas dua pemainnya dibuang padang.

Totenham Hotspur Semakin Tenat.

Dua jaringan menerusi Jermain Defoe dan Peter Crouch sudah memadai buat Portsmouth untuk menewaskan pasukan tercorot, Totenham Hotspur 2-0 dalam perlawanan EPL yang berlangsung di Fratton Park malam tadi. Kekalahan itu juga semakin menyesakkan nafas pengurusnya, Juande Ramos dengan Spurs terus menjadi penghuni tetap tangga terbawah liga. Spurs hanya mampu mengutip dua mata dari enam perlawanan menyebabkan kedudukan Ramos juga semakin bergoyang.

September 28, 2008

Barcelona Ketepikan Cabaran Sengit Espanyol.

Jaringan penalti pada saat akhir oleh Lionel Messi memberikan kemenangan bermakna dalam pertembungan kelab sejiran, Barcelona dan Espanyol di Stadium Olimpico semalam. Barcelona menang 2-1 ke atas jirannya itu dalam satu perlawanan yang sengit. Kemenangan Barcelona itu meletakkan mereka dalam kelompok tiga teratas La Liga.

Arsenal Tersungkur Ditangan Hull.

Daniel Cousin memastikan kemenangan berpihak kepada Hull City sekaligus memadam rekod tanpa kalah Arsenal di gelanggang sendiri serta mencacatkan ulangtahun ke-12 Arsene Wenger bersama Arsenal. Pendatang baru EPL itu menang 2-1 ke atas Arsenal di Stadium Emirates semalam. Anak-anak buah Phil Brown itu menjadi kelab kedua selepas West Ham yang mengalahkan Arsenal sejak The Gunners menggunakan gelanggang baru itu. Arsenal tidak kalah di gelanggang keramatnya itu sejak 17 bulan lalu dan kekalahan kepada Hull ini juga menafikan hajat Arsenal untuk kembali mengepalai liga.

Benzema Pastikan Lyon Kekal Pendahulu Ligue 1.

Penyerang kembar Lyon, Karim Benzema dan Fred menjaringkan satu gol setiap seorang bagi mengekalkan Olympique Lyon sebagai pendahulu Ligue 1. Lyon menang 2-1 ke atas AS Nancy dalam perlawanan Ligue 1 semalam. Benzema juga kekal sebagai penjaring terbanyak dengan sejumlah enam gol.

Gol Saat Akhir Nistelrooy Benam Real Betis.

Gol masa kecederaan Ruud van Nistelrooy memberikan kemenangan dramatik 2-1 Real Madrid ke atas Real Betis dalam saingan La Liga semalam. Perlawanan yang cukup mendebarkan itu juga menyaksikan dua pemain dibuang padang manakala satu sepakan penalti diberi oleh pengadil. Kemenangan ini membolehkan Real Madrid memanjat ke tangga kedua La Liga di belakang Villareal.

Chelsea Rampas Semula Gelaran Pendahulu EPL.

Skuad Chelsea mengenepikan cabaran Stoke City apabila menewaskan skuad tuan rumah dengan keputusan 2-0 di Stadium Britannia semalam. Keputusan ini menyaksikan Chelsea merampas semula kedudukan teratas EPL dengan memintas Liverpool dan Arsenal. Sebelum ini Arsenal mengepalai EPL setelah Liverpool dan Chelsea hanya mencatat keputusan seri dalam perlawanan minggu lalu.

Hamburg Kembali Daki Takhta Bundesliga.

Gol babak pertama oleh Mladen Petric sudah cukup memberikan kemenangan 1-0 buat Hamburg ke atas Borussia Monchengladbach sekaligus menguasai semula takhta Bundesliga. Penyerang antarabangsa Croatia itu menemui sasaran pada minit ke-11 untuk menambah sengsara Monchengladbach yang kalah lima dari enam perlawanan yang dilaluinya. Hamburg kini berada di tangga pertama satu mata mengatasi Bayer Leverkusen yang menduduki tangga kedua.

Ronaldo Bantu Kemenangan Manchester United.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pertama liganya musim ini dan mencipta gerak gol yang kedua untuk membantu Manchester United mencatat kemenangan penting 2-0 ke atas Bolton Wanderers di Old Trafford malam tadi. Setelah hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan sebelum ini, kemenangan ke atas Bolton ini masih mengekalkan United sebagai pencabar kejuaraan EPL musim ini.

Pertembungan Merseyside Milik Liverpool.

Liverpool menebus kehampaan selepas seri dengan Stoke minggu lalu apabila menewaskan jiran tetangganya, Everton 2-0 dalam pertembungan Merseyside di Goodison Park sebentar tadi. Fernando Torres membuktikan kehebatannya apabila meledak dengan dua gol sekaligus memastikan Liverpool memungut tiga mata berharga.

Pertembungan antara dua jiran tetangga ini yang biasanya hangat dengan aksi-aksi menarik musim-musim lalu bagaimanapun bermula agak perlahan. Kedua-dua pasukan kelihatan berhati-hati walaupun Liverpool lebih banyak menguasai perlawanan. Tidak banyak percubaan berbahaya yang dilakukan. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada babak pertama.

September 27, 2008

Lyon Sanggup Belanja 100 Juta Euro Ikat Benzema.

Penyerang Lyon, Karim Benzema akan terus bersama Olympique Lyon setelah bersetuju menandatangani kontrak baru bernilai 100 juta euro. Perkara itu diumumkan oleh Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas. Penyerang antarabangsa Perancis itu telah menandatangani kontrak bermain dengan Lyon sehingga tahun 2013. Pemain yang baru berusia 21 tahun itu antara pemain muda Eropah yang mendapat perhatian kelab-kelab ternama dunia yang sanggup mengeluarkan belanja besar bagi mendapatkannya.

Tiada Jalan Kembali Buat Kahn.

\

Bekas penjaga gol Jerman, Oliver Kahn menyalahkan barisan pertahanan dan penjaga gol Bayern Munich sebagai punca kekalahan memalukan Bayern 2-5 kepada Werder Bremen dalam saingan Bundesliga Sabtu lalu. Penjaga gol Bayern, Michael Rensing mengalami kekalahan pertama dalam karier profesionalnya yang juga merupakan kekalahan di tempat sendiri yang paling teruk dalam sejarah kelab itu selama 30 tahun. Walaupun hatinya memberontak melihat corak permainan Rensing dalam perlawanan itu namun adalah mustahil bagi penjaga gol berusia 39 tahun untuk kembali dari persaraannya.

Keane Harap Pecah Kebuntuan Gol.

Robbie Keane berharap pengurus Liverpool, Rafael Benitez akan menyenaraikannya dalam kesebelasan utama supaya dia boleh menjaringkan gol pertamanya bersama Liverpool dalam pertembungan ke-208 kelab sejiran dengan Everton hari ini. Pemain berusia 28 tahun itu masih belum menemui sentuhan gol dalam sembilan penampilannya bersama Liverpool semenjak berpindah dari Totenham Hotspur dengan nilai 20 juta pound pada musim panas lalu.

September 26, 2008

Valencia Rampas Kembali Takhta La Liga.

Gandingan Juan Mata dan David Villa sekali lagi menjadi pemusnah apabila membantu Valencia menewaskan Malaga 2-0 dalam saingan Liga Primera Sepanyol semalam. Villa meledak dengan dua gol pada 20 minit terakhir manakala Malaga kehilangan seorang pemain akibat layangan kad merah menambah derita Malaga.

Hughes Salahkan Sikap Pemain.

Mark Hughes menyifatkan pemainnya kurang profesional selepas Manchester City dimalukan oleh Brighton dalam saingan Piala Carling kelmarin. City tunduk kecewa 3-5 kepada kelab Divisyen 1 itu menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa penuh permainan. Keputusan memalukan ini muncul hanya selepas dua hari pengesahan pengambil alihan City yang melibatkan nilai 200 juta pound oleh Abu Dhabi United Group (ADUG).

Atletico Tolak Spekulasi Aguero Ke Manchester City.

Pengurus Atletico Madrid, Javier Aguirre menafikan spekulasi yang mengaitkan hubungan penyerangnya, Sergio Aguero dengan Manchester City. Beliau menegaskan bahawa pemain muda Argentina itu gembira bersama kelab itu pada masa ini. Aguero yang dilahirkan hasil pendedahan berterusan dalam perlawanan bermutu tinggi bersama Atletico dikatakan akan ditawarkan dengan kontrak yang bernilai 40 juta pound oleh City.

September 25, 2008

Barcelona Temui Kembali Rentak Kemenangan.

Jaringan lewat Eidur Gudjohnson memberikan kemenangan 3-2 Barcelona ke atas Real Betis dalam perlawanan La Liga di tempat sendiri semalam. Jaringan kemenangan itu menyusul setelah kelebihan dua gol yang diperolehi Barca dalam perlawanan itu dipadam oleh Betis. Ini merupakan kemenangan kedua Barca musim ini selepas membelasah Sporting Gijon 6-1 Ahad lalu.

Portsmouth Jadi Belasahan Chelsea Pula.

Penjaga gol England, David James mengalami mimpi ngeri apabila golnya dibolosi sepuluh kali dalam dua perlawanan. Kali ini pasukannya, Portsmouth dibelasah pula oleh Chelsea 0-4 dalam saingan pusingan ketiga Piala Carling semalam. Sebelum ini, Portsmouth mengalami kekalahan memalukan 0-6 di tangan Manchester City dalam saingan liga Sabtu lalu. Frank Lampard dua kali menggegar gawang manakala dua lagi gol dijaringkan oleh Florent Malouda dan Solomon Kalou. Kekalahan ini juga bermakna Portsmouth tidak pernah mengalahkan Chelsea sejak mereka menang 1-0 pada Disember 1960 dalam saingan Piala Liga di Fratton Park.

Next Page »