|
April 13, 2010


Penyerang Arsenal, Robie van Persie akan kembali turun ke padang dan bersedia untuk diturunkan dalam pertemuan menentang seteru setempat, Tottenham Hotspur di White Hart Lane pada hari Rabu ini.
Van Persie terpaksa diketepikan sejak mengalami kecederaan yang agak parah di buku lali berikutan terjahan keras oleh pemain Itali, Giorgio Chiellini dalam perlawanan persahabatan pada akhir November lalu, tetapi kini berkemungkinan akan bermain sebahagian perlawanan menentang seteru setempat Arsenal itu.
April 12, 2010


Barcelona mempamerkan aksi bertaring apabila menundukkan seteru ketatnya, Real Madrid 2-0 dalam pertembungan El-Clasico di Bernabeu semalam dan kini kembali menguasai takhta liga.
Gol ke-40 Lionel Messi musim ini dalam semua kejohanan membolehkan juara Eropah dan Sepanyol itu meranapkan rekod tanpa kalah Madrid di tempat sendiri dan juga membolehkan Barca kini mendahului lawannya itu dengan kelebihan tiga mata.
April 11, 2010
April 10, 2010


FINAL Piala FA 2010 mempertemukan dua jurulatih yang mewakili pasukan kebangsaan pada era berbeza.
Wan Jamak Hassan, 54, pengendali Negeri Sembilan, menganggotai skuad Olimpik yang layak ke temasya di Moscow 1980 tetapi kempunan ke Soviet Union akibat pemulauan yang diketuai Amerika Syarikat.

PELABURAN terhadap pemain muda adalah antara faktor kedua-dua Negeri Sembilan dan Kedah mara ke final Piala FA esok.
Mengambil alih daripada Hatem Souissi pada lewat 2007, Wan Jamak Wan Hassan mengenal pasti beberapa anggota skuad Piala Presiden negeri itu untuk dijadikan tulang belakang.
Hasilnya, lapan pemain dalam skuad utamanya masih layak mewakili Negeri Sembilan dalam Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka Jun depan.
April 9, 2010


Fernando Torres meledak dua kali pada ketika Liverpool mempamerkan aksi menyerang yang menghiburkan untuk menundukkan Benfica 4-1 di Anfield semalam sekaligus melangkah ke separuh akhir Liga Eropah dengan agregat 5-3.
Dirk Kuyt dan Lucas juga menemui sentuhan jaringan pada perlawanan yang dikuasai ‘The Reds’ itu untuk memadam mimpi kekalahan 1-2 di tempat lawan dalam perlawanan pertama sebelum ini.
April 8, 2010


Barisan sepuluh pemain Manchester United merana apabila tersingkir dari saingan Liga Juara Eropah angkara peraturan gol di tempat lawan walaupun menang 3-2 ke atas Bayern Munich di Old Trafford semalam.
United yang kalah 1-2 kepada Bayern di Munich dalam perlawanan pertama terikat dengan agregat 4-4 namun keupayaan Bayern menjaringkan dua gol di Old Trafford memberikan mereka laluan ke separuh akhir.
April 7, 2010


Lionel Messi mengukuhkan reputasinya selaku pemain terbaik dunia apabila meledakkan empat gol sewaktu mengakhiri impian Arsenal dalam saingan Liga Juara Eropah di Nou Camp awal pagi tadi. Barcelona menang bergaya 4-1 ke atas Arsenal dalam perlawanan itu.
Nicklas Bendtner memberi kejutan awal dari Arsenal apabila menjaringkan gol pada minit ke-18. Bagaimanapun, Messi hanya perlukan tiga minit sahaja untuk menyamakan kedudukan apabila mengambil kesempatan dari kealpaan Mikael Silvestre.
April 6, 2010
April 5, 2010


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mendakwa yang Manchester United jauh lebih lemah tanpa kelibat Wayne Rooney tetapi mengakui yang ‘Red Devils’ tetap berpeluang melangkah ke separuh akhir Liga Juara Eropah.
Kecederaan buku lali bermakna penyerang United dan England itu terlepas aksi dalam perlawanan Chelsea-United hari Sabtu lalu, yang menyaksikan skuad bimbingan Ancelotti kini mendahului United dengan kelebihan dua mata dengan berbaki lima perlawanan.
April 4, 2010


Gol kemenangan kontroversi jaringan Didier Drogba membolehkan Chelsea mengatasi Manchester United 2-1 di Old Trafford malam tadi dan mengembalikan kedudukan Chelsea selaku pendahulu liga setakat ini.
Sir Alex Ferguson dan pasukkannya merasakan segala usaha keras mereka lebur oleh jaringan Didier Drogba, yang jelas kelihatan berada dalam kedudukan ofsaid ketika menerima hantaran Salomon Kalou sebelum menjaringkan gol pada minit ke-78.
April 3, 2010
April 1, 2010


Cesc Fabregas menghidupkan impian Arsenal dalam saingan suku akhir Liga Juara Eropah setelah bangkit dari ketinggalan dua gol sebelum mengikat Barcelona 2-2 di Stadium Emirates semalam.
Barcelona begitu menyerlah pada sebahagian besar babak pertama namun hanya berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan gol Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-46. Penyerang Sweden itu menggandakan kedudukan pada minit ke-59 bagi membolehkan kelab Sepanyol itu selesa mendahului dengan dua gol.
March 31, 2010
March 30, 2010
March 28, 2010


Sir Alex Ferguson mempertaruhkan nasib pasukannya dengan mengenepikan Wayne Rooney dan Rio Ferguson namun Manchester United tetap menyerlah hasil sumbangan Dimitar Berbatov apabila menundukkan Bolton Wanderers 4-0 di Stadium Reebok semalam.
Ferguson mengakui yang dua pemain utamanya direhatkan untuk mengelakkan risiko kecederaan pada ketika khidmat mereka lebih dperlukan ketika menanti dua perlawanan penting minggu depan.
March 27, 2010


Tottenham Hotspur mengumumkan yang mereka telah selesai menandatangani perjanjian untuk mendapatkan khidmat Sandro dari Internacional, dengan Harry Redknapp menggambarkan pemain tengah itu sebagai salah satu bakal bintang dari Brazil.
Spurs sudah lama mengidamkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu dan akhirnya berjaya mengikatnya selepas dia lulus ujian perubatan. Dia akan ke White Hart Lane sebaik Internacional menyempurnakan kempen Copa Libertadores yang dijangka tamat pada bulan Ogos nanti.
March 23, 2010


Pemain tengah Liverpool, Albert Riera yang menggambarkan kelab itu sebagai ‘kapal yang hampur karam’, kini bersedia untuk berpindah ke CSKA Moskow dengan nilai 6 juta pound.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu kecewa kerana terpaksa menghabiskan masa di bangku simpanan ketika di Anfield. Dia bersedia untuk bermain di Rusia di mana pintu perpindahan pemain masih dibuka sehingga 8 April dalam usahanya meningkatkan peluang untuk bermain di Piala Dunia 2010 nanti.
March 22, 2010


Manchester United bangkit dari ketinggalan untuk menakluki semula takhta liga apabila menewaskan Liverpool 2-1 di Old Trafford semalam.
Park Ji-Sung muncul wira United apabila menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-60 sekaligus menutup kontroversi yang timbul dari gol penyamaan hasil jaringan penalti Wayne Rooney pada minit ke-12.
March 21, 2010

Selangor melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan bergaya apabila menewaskan Pos Malaysia 3-0 dalam perlawanan kedua saingan suku akhir di Stadium Shah Alam malam tadi sekaligus mencipta agregat besar 8-1 ke atas lawannya itu. Selangor sebelum ini menang 5-1 dalam perlawanan pertama.
R. Surendran menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu manakala satu gol lagi hasil jaringan Rudie Ramli.
Negeri Sembilan menempah pertemuan dengan Selangor apabila dipaksa bekerja keras sebelum menang 3-1 ke atas KL Plus di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban. Mereka melangkah ke separuh akhir dengan agregat 3-2 walaupun tewas 1-2 dalam perlawanan pertama.
March 20, 2010


Arsenal dan Barcelona bakal bertemu buat pertama kali sejak perlawanan akhir Liga Juara Eropah pada 2006 apabila mereka diundi bertemu di suku akhir.
Perlawanan kedua suku akhir nanti hanyalah beberapa hari sebelum Barca membuat perhitungan dalam pertembungan El-Clasico dengan Real Madrid di Bernabeu. Arsenal pula akan membuat perhitungan dengan musuh setempat, Tottenham Hotspur pada minggu yang sama.
Next Page »
|