|
January 7, 2009


Juara Piala Sumbangsih, Selangor mencatat kemenangan kedua dalam saingan Liga Super apabila menewaskan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.
Ketinggalan satu gol akibat jaringan awal Perak, Selangor bangkit dengan meledakkan tiga gol bagi meraih tiga mata lagi, sekaligus terus mengungguli carta Liga Super dengan memungut enam mata maksimum dari dua perlawanan.
January 6, 2009

Jurulatih Perak, M. Karathu yakin yang anak-anak buahnya akan memberi saingan sengit kepada pasukan Selangor, lebih-lebih lagi mereka baru mencatat kemenangan pertama 2-0 ke atas Kuala Muda NAZA, dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam hari ini.
Kemenangan itu, katanya pasti mencetus semangat baru buat pemain-pemain Perak untuk berhadapan dengan juara Piala Sumbangsih 2008 itu walaupun terpaksa bertandang ke tempat lawan.


Pengurus Manchester City, Mark Hughes mahukan lima lagi pemain baru untuk diikat untuk mengelakkan kekecewaan ketika tewas 0-3 kepada Nottingham Forest dalam saingan Piala FA berulang.
Sebelum perlawanan itu, Hughes sempat memperkenalkan Wayne Bridge, pemain yang ditandatangani dari Chelsea dengan nilai 10 juta pound, kepada para penyokong City, namun penyingkiran City dari saingan Piala FA menyebabkan Hughes mensasarkan untuk mendapatkan lima lagi pemain baru untuk ditandatangani.


Penyerang Manchester United, Carlos Tevez memberitahu yang dia agak kecewa dengan spekulasi yang mengatakan yang dia telah menolak untuk menerima kontrak baru bersama kelab itu.
Tevez yang diberi cuti selama seminggu oleh Alex Ferguson pada tahun baru, mengakui yang dia mahu kekal di Old Trafford dan dia tidak mengetahui dari mana munculnya cerita tersebut.
January 5, 2009

Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) berura-ura untuk membuat perubahan kepada penganjuran Liga Juara Asia musim depan demi meningkatkan mutunya setanding dengan Liga Juara Eropah.
Presidennya, Mohamad Hamamm berkata AFC bakal membuat beberapa perubahan di mana beliau yakin perubahan itu nanti akan mengangkat martabat kejohanan itu.


Kejutan terbesar pertandingan Piala FA kelmarin datangnya dari Eastlands apabila Nottingham Forest menyingkirkan Manchester City dari saingan Piala FA dengan mengalahkan kelab itu 3-0.
Nathan Tyson mengejutkan pasukan tuan rumah dengan sepakan voli pada minit ke-38 untuk membuka tirai jaringan dan gol kedua menerusi Robert Earnshaw pada minit ke-42 mengukuhkan kedudukan pasukan pelawat.
January 4, 2009


Selangor menamatkan badi kekalahan kepada Kedah musim lalu apabila dengan mudah menundukkan pasukan Hijau Kuning 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman malam tadi, sekaligus menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali ketujuh.
Ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah menyumbangkan dua gol manakala penyerang kebangsaan Safee Sali dan pemain skuad Piala Presiden, Zameer Zainun masing-masing menjaringkan gol bagi membolehkan Selangor turut merebut tiga mata Liga Super mengatasi barisan sepuluh pemain Kedah.


Menjelang pembukaan pintu perpindahan pemain, pengurus Manchester City, Mark Hughes menegaskan yang kelab terkaya di dunia itu tidak akan sesuka hati membeli bintang-bintang bola sepak untuk bermain dengan kelab itu.
City telah dikaitkan dengan beberapa nama besar, termasuk Gianluigi Buffon dan pemain tengah Brazil, Kaka, tetapi Hughes merasakan yang kelab itu tidak mudah untuk mempersetujui jumlah bayaran yang diminta pemain-pemain terbabit.


Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo merasakan adalah tidak adil jika spekulasi perpindahannya ke Real Madrid terus diperkatakan.
Ronaldo begitu menyerlah dengan persembahan cemerlang musim lalu dengan menjaringkan sejumlah 42 gol dalam semua kejohanan yang disertai United, dengan kelab itu muncul juara Eropah dan EPL.
January 3, 2009


Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp mengakui sedang berusaha untuk membawa kembali Jermaine Defoe ke White Hart Lane, itupun bergantung kepada nilai yang dipersetujui oleh kelabnya sekarang, Portsmouth.
Minggu lalu, Redknapp memberitahu yang Defoe akan menjadi sasarannya tetapi beliau dikatakan masih belum mendapat persetujuan dari pihak pengurusan Portsmouth.


Setelah membuat persiapan rapi untuk menghadapi musim baru 2009, kini dua musuh tradisi bola sepak Malaysia, Selangor dan Kedah bakal membuka tirai Liga Malaysia dengan dua matlamat, menjulang Piala Sumbangsih dan merebut tiga mata pertama Liga Super.
Dua seteru utama Liga Malaysia itu memang diiktiraf sebagai dua pasukan terhebat di negara kita ketika ini, dengan Kedah mendahului Selangor dalam semua segi musim lalu.
January 2, 2009

Selangor adalah pasukan yang terkenal dengan gelaran Gergasi Merah. Pasukan ini mempunyai tradisi kejayaan yang cemerlang dalam arena bola sepak tempatan.
Selangor telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 32 kali menjadikan mereka satu-satunya pasukan yang muncul juara paling banyak berbanding pasukan-pasukan lain di negara ini.


Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari berkata yang para pemainnya memberikan reaksi positif dalam perbincangan yang diadakan selepas perlawanan antara kelab itu dengan Fulham yang berkesudahan 2-2 di Craven Cottage.
Scolari memberikan pemain-pemainnya rehat sehari tetapi mereka kembali ke Cobham untuk sesi perbincangan dan menjalani latihan selepas kelebihan 2-1 Chelsea dipadamkan di akhir perlawanan oleh Fulham.


Selangor dilabel sebagai pasukan nombor dua Liga Malaysia di belakang Kedah. Gelaran itu diperolehi ekoran kegagalan skuad Merah Kuning mengatasi Kedah dalam dua perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia musim lalu.
Kegagalan itu menyaksikan pihak pengurusan Selangor membuat perubahan besar kepada skuad yang menyahut cabaran saingan Liga Malaysia 2009. Perubahan paling ketara adalah dengan menamatkan khidmat jurulatihnya, Dollah Salleh dan menggantikannya dengan K. Devan.
January 1, 2009


Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard kembali menyertai latihan semalam dengan sedikit rasa kebimbangan.
Pemain berusia 28 tahun itu, yang didakwa terlibat dalam kekacauan di sebuah kelab malam, telah menyertai latihan bersama rakan-rakannya di Pusat Latihan Melwood.

Sebuah syarikat dikatakan sedang berusaha untuk menubuhkan Persatuan Bola Sepak Profesional Malaysia (PFA) sebagai satu badan yang akan menjaga kebajikan para pemain bola sepak profesional di negara ini.
Bagaimanapun, permohonan untuk mewujudkan PFA masih belum tertunai lagi kerana ia masih menunggu kelulusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan.


Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berpuas hati dengan prestasi skuad bimbingannya apabila mereka akan memulakan tahun baru dengan penuh keyakinan.
Kemenangan 1-0 ke atas Middlesbrough di Old Trafford hari Isnin lalu merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Liverpool kepada hanya tujuh mata, dengan United berkelebihan dua perlawanan dalam tangan.
December 31, 2008


Frank Ribery telah bersedia untuk bermain dengan kelab utama di England dan Sepanyol, tetapi mengakui bahawa dia tidak mempunyai rancangan untuk meninggalkan Bayern Munich sebelum kontraknya tamat pada 2011.
Bercakap kepada media Jerman, penyerang antarabangsa Perancis itu mendedahkan tentang impiannya yang ingin bermain dengan salah sebuah kelab utama di Eropah.


Arsene Wenger mengakui yang beliau perlu membuat perubahan pemain ketika pintu perpindahan pemain dibuka Januari nanti untuk memacu Arsenal ke arah pemburuan gelaran juara liga namun beliau tidak tahu sama ada kedudukan kewangan kelab itu mampu memenuhi keinginannya.
Gol pada lewat permainan dari William Gallas memberikan kemenangan 1-0 ke atas Portsmouth untuk menghidupkan peluang buat Arsenal buat mengejar gelaran juara liga, bagaimanapun mereka tetap jauh ketinggalan dari pendahulu, Liverpool dengan jurang sepuluh mata.
December 30, 2008


Penyerang Belanda, Klaas Jan Huntelaar mahu diberi peluang mewakili Real Madrid dalam saingan Liga Juara Eropah musim ini.
Jika dirujuk peraturan UEFA, maka Real Madrid terpaksa memilih salah seorang dari dua pemain yang baru dipikat, Huntelaar dari Ajax Amsterdam dan Lassana Diarra dari Portsmouth, dengan hanya seorang sahaja yang boleh bermain dalam kejohanan itu.


Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard ditahan polis selepas berlaku satu pergaduhan di sebuah restoran. Pemain tengah England itu adalah antara enam orang yang ditahan oleh anggota polis yang dipanggil ke Lounge Inn di Southport, Merseyside.
Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun telah dibawa ke hospital akibat kecederaan di muka, bagaimanapun kecederaan lelaki itu dilaporkan tidak serius. Polis Merseyside berkata, pemain berusia 28 tahun itu dan lima lagi lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian itu.


Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard semakin yakin yang Liverpool kini berada di landasan terbaik untuk merangkul kejuaraan EPL pertama semenjak 1990.
Barisan bimbingan Rafael Benitez mula mengorak langkah buat pertama kali dengan jurang tiga mata ke atas pencabar terdekatnya, Chelsea selepas mereka mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas Newcastle United manakala pesaingnya itu pula terikat 2-2 dengan Fulham di tempat lawan.
December 29, 2008


Wayne Rooney mempertahankan corak permainannya yang dikritik oleh banyak pihak dengan berkata, “Saya selalu berada dalam keadaan terkawal.”
Pemain Manchester United dan England itu disebut sebagai antara pemain yang mempunyai bakat yang besar dalam kalangan pemain yang seangkatan dengannya tetapi corak permainannya yang agak keras sering mengundang kecaman banyak pihak.


Dua gol jaringan Lampard kelihatan cukup untuk memberikan Chelsea kemenangan yang diperlukan ke atas Fulham, sehinggalah jaringan Clint Dempsey pada lewat permainan mengikat keputusan 2-2 dan menyaksikan mereka terpaksa berpuas hati dengan pungutan satu mata sahaja.
Fulham membuat kejutan apabila mendahului pada minit ke-10 di Craven Cottage, pada ketika ada enam-tujuh pemain Chelsea berada di kawasan gol mereka, namun sepakan percuma Simon Davies melepasi kesemua pemain tersebut sebelum Dempsey menolak masuk dari jarak dekat.


Vietnam memaparkan semangat juang yang tinggi apabila penyudahan dramatik pada masa kecederaan memberikan mereka gelaran juara Asia Tenggara buat pertama kali. Mereka hanya mencatat keputusan seri 1-1 dengan Thailand dalam perlawanan ini tetapi berjaya menjulang kejuaraan dengan keputusan agregat 3-2.
Dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi, gol tandukan Le Cong Vinh itu disambut dengan sorakan gegak gempita oleh para penyokong Vietnam yang memenuhi stadium itu.
Next Page »
|